Friday, October 30, 2009

TUGASAN 2: NOTA


MODEL-MODEL KAJIAN TINDAKAN

1. MODEL AKTIVITI KAJIAN TINDAKAN:

Model ini melibatkan 4 aktiviti yang perlu dilaksanakan. Proses-proses tersebut adalah seperti menilai aktiviti pengajaran dan pembelajaran, merancang dan membentuk, Mengajar dan mengumpul data dan aktiviti yang terakhir adalah menilai pengajaran dan pembelajaran.

a. menilai aktiviti pengajaran pembelajaran.
- membuat refleksi tentang apa yang terbaik untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
- mengumpul data berkaitan pengajaran dan pembelajaran
-mengetahui bahagian mana yang perlu diberi tumpuan.

b. Perancangan dan pembangunan
- menyediakan dan menghasilkan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang baru.
- Guru perlu merancang pemebelajaran dan merancang cara pengumpulan data.

c. Merancang dan melaksanakan
- Melaksanakan rancangan yang telah dirancang.

4. Penilaian terhadap aktiviti pengajaran dan pembelajaran
- Daripada jawapan pelajar, guru melakukan semakan terhadap aktiviti pengajaran dan pembelajaran.


2. MODEL CRASP


Kajian Tindakan adalah:
Critical (dan self-critical) collaborative enquiry
Reflective practitioners being
Accountable and making the results of their enquirypublic,
Self-evaluating their practice and engaged in
Participative problem-solving and continuing professional development

3. Model Kemmis & McTaggart 1988
Model ini mengintegrasikan teori-teori pendidikan dan amalan praktik melalui kajian tindakan.
Model tradisional yang selalu diaplikasikan dalam menjalankan kajian tindakan adalah berdasarkan model “action research cycle” yang diperkenalkan oleh Kemmis dan McTaggart (1988). Menurut Kemmis & McTaggart, model ini mempunyai 4 elemen utama iaitu:

i. Mereflek (reflect)
ii. Merancang (plan)
iii. Bertindak (action)
iv. Memerhati (observe)

Model ini sesuai digunakan untuk pengendalian kajian tindakan amalan seperti yang dijalankan dalam bilik darjah terhadap pengajaran dan pembelajaran.
Gelung Kajian Tindakan (Kemmis & McTaggart, 1988)Proses kajian tindakan bermula dengan guru menjalankan refleksi ke atas satu-satu isu pengajaran dan pembelajaran yang hendak ditangani. Kemudian guru itu menyediakan satu plan yang sesuai untuk mengatasi masalah yang dihadapinya. Seterusnya guru melaksanakan plan yang dihasilkan dan dalam proses pelaksanaannya guru perlu memerhati kemajuan tindakan yang dijalankan itu. Keseluruhan pelaksanaan itu disifatkan sebagai :
Gelungan Pertama (Cycle 1) dan jika masalah itu tidak dapat diatasi, maka guru bolehlah memulakan proses semula ke gelungan kedua
Gelungan Kedua (Cycle 2) sehinggalah masalah itu diselesaikan. Pada Gelungan Kedua guru mesti mereflek dan membuat adaptasi terhadap pelan tindakan beliau. Satu kritikan terhadap model ini ialah ia sentiasa berlanjutan

Thursday, October 29, 2009

TUGASAN 1: ULASAN BUKU

KAJIAN BILIK DARJAH (CLASROOM RESEARCH)

•Kajian bilik darjah adalah merujuk kepada pemerhatian yang dilakukan semasa aktiviti pembelajaran, refleksi dan perbincangan, melalui data daripada penyelidikan kawan-kawan yang lepas dan literature review.
•Kajian ini membantu guru menjadi guru yang efektif dan pelajar akan belajar bagaiman untuk menjadi pelajar yang efektif
•Kajian bilik darjah adalah berbeza daripada penilaian bilik darjah (classroom assessment -lebih kepada what) sebaliknya classroom assessment merupakan sub kecil dalam kajian bilik darjah (why).

CIRI-CIRI KAJIAN BILIK DARJAH

•Learner-centered –lebih kepada bagaimana pelajar terlibat dengan aktiviti pembelajaran di dalam bilik darjah
•Teacher-directed – guru sebgai penyelidik utama
•Kolaboratif –dilakukan sesama guru di dalam bilik darjah
•Context-specific
•Practical and Relevant
Berterusan

AKTIVITI 1: ULASAN BUKU

APAKAH ITU KAJIAN TINDAKAN ???


  • Kajian tindakan bole dianggap sebagai proses kitaran, dinamik, dan kolaboratif yang menekankan kepada isu sosial dalam masyarakat yang mempengaruhi kehidupan mereka.

  • Kajian tindakan juga merupakan satu bentuk pengumpulan, penyiasatan relektif-kendiri yang dijalankan dalam situasi sosial yang bertujuan untuk meningkatkan rasionaliti dan keadilan dalam sosial mereka atau dalam pendidikan, juga memahami praktis dan situasi dimana praktis ini dilaksanakan.

  • Kemmis & McTaggart (1988) mendefinasikan kajian tindakan sebagai satu pendedahan untuk memperbaiki dan mempertingkatkan pendidikan melalui perubahan yang menggalakkan guru menjadi lebih sedar tentang amalan mereka sendiri, menjadi kritis terhadap amalan-amalan tersebut dan bersedia mengubah amalan. Pendekatan ini memerlukan guru melaksanakan inkuiri penemuan secara individu serta melibatkan guru-guru lain secara kolaboratif.

  • McNiff (1988) menyatakan bahawa kajian tindakan membantu kita mempelajari konsep, idea, penerangan dan penambah baikan baru yang boleh dilakukan kerana ia merupakan alat yang digunakan untuk pembelajaran di sekolah dan di dalam bilik darjah. Kajian tindakan boleh digunakan dan dilaksanakan untuk aktiviti pembelajaran sama di kelas dan di sekolah. Kajian tindakan juga mampu memberikan hasil yang terbaik seperti membentuk rancangan, polisi, program dan prosedur yang efektif.

Monday, October 26, 2009

TUGASAN KELAS: SEBAB MENGAPA GURU PERLU MELAKUKAN KAJIAN

Berikut merupakan 10 sebab mengapa guru perlu melakukan kajian tindakan:


  • Dapat membantu guru mengembangkan kemampuan yang ada pada dirinya sebagai peneroka pengetahuan yang profesional (Abdul Rahman Abdul Majid Khan, 2007) - ini merujuk kepada situasi di mana guru tidak hanya bergantung kepada pengetahuan yang dikemukakan oleh orang lain sebaliknya berusaha mencari idea baru bagi menangani masalah yang dihadapai semasa proses pengajaran.

  • Supaya guru dapat mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran mengikut kesesuaian pelajar - ini kerana di dalam kelas, pelajar-pelajar terdiri daripada individu-individu yang berbeza sama ada dari segi kognitif, pengalaman dan latar belakang.

  • Membantu guru mengenal pasti masalah dan cuba mendapatkan kaedah terbaik bagi mengatasi masalah tersebut.

  • Sebagai rujukan dan panduan kepada guru-guru lain melalui perkongsian maklumat (Abdul Rahman Abdul Majid Khan, 2007) - melalui hasil dapatan yang menunjukkan kesan positif yang diperolehi dari segi kuantiti dan kualiti pembelajaran.

  • Membantu guru-guru baru memahami situasi sebenar bilik darjah (Richard Watson Todd, n.d)

  • Bagi melahirkan guru-guru yang membudayakan penyelidikan dalam pengajaran selaras dengan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

  • Mengeratkan silaturrahim antara guru-guru melalui kajian tindakan kolaboratif yang dilakukan (Sumber: www.cgmulia.com/upload/kuliah4) - pendedahan kepada kerja secara berpasukan sepertimana yang diperlukan dalam bidang perguruan.

  • Melahirkan guru-guru yang lebih peka, versatile dan kreatif terhadap kehendak pendidikan dan pelajar - tidak terkongkong dengan kaedah pengajaran tradisional.

  • Meningkatkan keyakinan guru untuk menjadi perintis kepada sesuatu penemuan - keyakinan boleh menjadi pendorong kepada kepuasan dalam melakukan sesuatu tugas atau kerja.

RUJUKAN:

Abdul Rahman Abdul Majid Khan (2007), Guru Sebagai Penyelidik.

FALSAFAH, KONSEP DAN KEPENTINGAN KAJIAN TINDAKAN, reatrived at:www.cgmulia.com/upload/kuliah4.ppt

Richard Watson Todd (n.d), WHY DO ACTION RESEARCH?,King Mongkut's University of Technology Thonburi , reatrived at: www.philseflsupport.com/why_ar.htm

PENGENALAN KEPADA KAJIAN TINDAKAN

Definisi Kajian Tindakan

Merujuk kepada sebuah buku bertajuk Guru Sebagai Penyelidik hasil nurkilan Abdul Rahman Abdul Majid Khan (2007), kajian tindakan adalah merujuk kepada kajian yang dijalankan oleh guru-guru di sekolah hasil daripada aktiviti-aktiviti penambah baik pengajaran. Dalam erti kata lain, kajian tindakan dilakukan adalah berdasarkan kepada sesuatu situasi yang memerlukan guru mendapatkan penyelesaian kepada sesuatu masalah yang timbul bagi situasi tersebut. Kajian jenis ini biasanya bersifat kolaboratif namun boleh juga dijalankan secara individu. Walau bagaimanapun, keberkesanannya adalah kurang berbanding kajian tindakan yang dijalankan secara kolaboratif.

Ciri-ciri Kajian Tindakan:

Abdul Rahman Abdul Majid Khan (2007) juga menyenaraikan tiga ciri khusus kajian tindakan antaranya adalah seperti berikut:

  1. Intervensi - kajian tindakan melibatkan sesuatu tindakan kepada proses pengajaran dengan hasrat untuk mengubah proses itu menjadi lebih baik.
  2. Penglibatan - pengkaji -pengkaji turut terlibat dalam intervensi secara langsung.
  3. Penambah baikan - Intervensi yang dilakukan berhasrat untuk mengubah sesuatu amalan menjadi lebih baik.