Thursday, May 20, 2010

RECOVERY: REFLEKSI

REFLEKSI
Sepanjang 10 bulan saya mengikuti DPLI banyak perkara yang saya telah pelajari sebagai pendidik di sini. Bukan mudah menjadi pendidik sebenarnya seperti mana yang dikatakan oleh sesetengah golongan masyarakat. Menjadi pendidik besar tanggungjawabnya. Setiap ilmu yang dititiskan kepada pelajar-pelajar merupakan sesuatu yang sangat bermakna kerana ia akan menjadi darah daging kita nanti. refleksi ini akan meliputi bidang kokurikulum dan kurikulum.Dalam pendidikan kedua-dua bidang ini sangat sinonim di kalangan ahli-ahlinya sama ada guru-guru mahupun pelajar-pelajar.

KURIKULUM
Seperti mana universiti-universiti lain, yang menawarkan program DPLI, UKM memberi ilmu-ilmu teori kepada kami guru-guru pelatih bagi menceburi bidang ini. Namun, UKM ada indahnya. Ilmu yang disampaikan memerlukan kami sebagai pelajar berfikir secara kreatif dan kritis kerana sesuatu yang sukar dimiliki akan lebih diingati. Semua ilmu yang disampaikan adalah sangat berguna untuk guru-guru pelatih seperti saya.Namun, yang mencabarnya bagaimanakah ilmu yang dipelajari secara teori ini dapat diaplikasikan dalam kehidupan sebenar semasa di sekolah? Praktikal selama 3 bulan di SMK Desa Cempaka telah membantu saya mengaplikasikan teori-teori ini ke dalam dunia sebenar.Sebagai contoh,dalam psikologi pendidikan dan kaedah mengajar,pensyarah-pensyarah telah mengajar tentang hukum dendaan dan ganjaran dalam menarik minat pelajar untuk belajar. Di sekolah, saya mengaplikasikan kaedah ini dan mendapatinya ianya berjaya. Selain itu, pengintegrasian ilmu juga dapat dilihat bila mana pentaksiran pembelajaran dihubungkaitkan dengan hukum ganjaran ini. Contohnya, saya diminta membuat soalan untuk ujian bulanan. Dalam soalan ini, 6 peringkat dalam Taksonomi Bloom dimasukkan dalam nisbah tertentu. Pelajar-pelajar yang menjawab soalan pada aras tertinggi dengan betul diberikan ganjaran oleh guru. Selain itu, melalui penelitian yang dilakukan semasa saya menjalankan kajian tindakan, saya mendapati bahawa keseluruhan ilmu yang dipelajari secara terpisah-pisah seperti falsafah pendidikan, psikologi pendidikan, pentaksiran pembelajaran,sekolah dan masyarakat,ICT dalam pendidikan merupakan sesuatu yang dapat diimtegrasikan menjagi kajian tindakan. Hal ini kerana,ia saling berkait antara satu sama lain dan pembelajaran adalah sepanjang hayat. Walau berapa pun usia kita, ilmu sentiasa berubah.Kita perlu mengejarnya supaya pelajar-pelajar sentiasa terdedah dengan maklumat dan informasi terkini.

KOKURIKULUM
Bagi sesetengah pelajar, kokurikulum tidak penting. Dulu semasa belajar,saya juga berpandangan begitu. Tapi selama 10 bulan di UKM, saya mendapati pentingnya kurikulum, begitu juga kokurikulum. Kepentingannya tidak akan dirasa secara terus seperti mana kurikulum tetapi pada satu jangka masa yang agak lama. Sepanjang di UKM saya bukan sahaja diberi pendedahan tentang kurikulum malah kokurikulum. Aktiviti kokurikulum banyak membantu saya mengenal pelajar-pelajar DPLI yang lain. Itulah yang dikatakan kenapa kami semua kelihatan umpama adik beradik. Pelbagai jawatan yang dipegang semasa di sini . Walaupun jawatan kecil, impaknya besar kepada saya dalam mempelajari ilmu-ilmu pengurusan yang baru. Jika dibilang dengan jari, saya sendiri tidak pasti berapa kali kumpulan dibentuk selama saya di sini. Mungkin ada yang berpendapat leceh atau menyukarkan... Tetapi kesannya sangat besar. Saya mampu mengenal kekuatan hampir setiap kawan-kawan lain yang ada di sini. Walaupun tidak sebilik, saya mampu mengenal meraka dengan baik hanya melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan ini. Minggu sukan selama seminggu banyak membantu saya meningkatkan kecerdasan fizikal. Ini dapat dilihat semasa saya mewakili rumah sukan semasa praktikal. Saya dipilih sebagai wakil guru dan mampu memperoleh nombor 2 dalam acara larian tersebut. Selain itu, saya banyak belajar peraturan-peraturan dalam permainan atau acara olahraga yang dapat dimanfaatkan semasa hari sukan. Acara futsal yang dijalankan juga membantu saya mengenal siapa saya sebenarnya. Sebelum ini, saya tidak tahu bahawa saya mampu bermain futsal dengan baik.DPLI UKM membantu saya mencari diri saya yang sebenarnya. BIP di Pangkor banyak memberi impak kepada saya. Saya mengenal erti kesusahan dan kepayahan untuk menjadi seorang ketua terbaik untuk semua anak buah kita. Ini diumpamakan bagaimana kita menjadi nahkota bagi kelas yang akan kita ajar kelak. Mengawal pelajar-pelajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran merupakan sesuatu yang sangat mencabar dan memerlukan kesabaran yang tinggi. Aktiviti semasa BIP iaitu eksplorasi pulau memberi pendedahan kepada kita untuk berkomunikasi dengan segenap lapisan masyarakat. Sebagai guru, kita bukan sahaja perlu berkomunikasin dengan pelajar, malahan dengan anggota masyarakat yang lain seperti ibu bapa, pentadbiran dan komuniti masyarakat.

Pensyarah2...Terima kasih untuk segalanya... DPLI UKM sentiasa di ingatan.

0 comments: