Friday, December 11, 2009

AKTIVITI 13: MINI KAJIAN TINDAKAN

TEORI, STRATEGI DAN KAEDAH UNTUK PERNYATAAN MASALAH

TEORI

Selepas mengenal pasti masalah kajian, didapati terdapat dua teori dan kaedah yang boleh dijadikan panduan di sini bagi menyelesaikan pernyataan masalah:

1. Teori Metakognisi

Teori yang akan digunakan di sini adalah teori metakognisi. Teori metakognisi merupakan teori yang melibatkan pemikiran individu.

2. Teori Motivasi

Teori Motivasi akan digunakan di sini bagi mendorong minat pelajar untuk mendalami subjek Perdagangan yang dirasakan bosan oleh mereka. Oleh yang demikian, Teori Pengajaran Bruner akan digunakan di sini dengan melihat perkembangan kognitif pelajar untuk membina teori pengajaran dan pembelajaran individu. Menurut Bruner, sesuatu pengajaran perlulah mengandungi 4 perkara berikut:
a. menentukan butir-butir pengetahuan sedia ada yang digunakan sebagai motivasi pelajar.
b. bahan-bahan pembelajaran harus distrukturkan secara sistematik supaya mudah dipelajari.
c. menentukan cara yang paling berkesan untuk mengorganisikan bahan-bahan pengajaran supaya mudah dipersembahkan dan mudah dipelajari.
d. menentukan ganjaran dan denda selepas penilaian aktiviti pembelajaran supaya pelajar mendapat kepuasan dalam pelajarannya.

KAEDAH-KAEDAH PENGAJARAN

1. kaedah berasaskan masalah : penyelesaian masalah membolehkan pelajar berfikir secara rasional dan logik apabila menghadapi masalah. Masalah yang diberikan oleh guru hendaklah berkaitan dengan topik-topik pengajaran. Kemahiran berfikir adalah perlu bagi memastikan pelajar-pelajar memikirkan penyelesaian tanpa bantuan guru. Secara tidak langsung, ia memperlihatkan kreativiti, bakat dan potensi seseorang pelajar itu.

2. kaedah pembelajaran kooperatif - memberi peluang kepada pelajar-pelajar berinteraksi antara satu sama lain dan belajar melalui pengalaman sendiri. Semasa pelajar-pelajar belajar dalam kumpulan mereka boleh berkongsi pengetahuan, memupuk nilai2 murni serta mempertingkatkan kemahiran berkomunikasi. Kami memilih kaedah ini kerana ia merupakan atau inovasi dalam strategi P & P yang berpusatkan pelajar khususnya dalam mata pelajaran KH dan Perdagangan.

STRATEGI-STRATEGI PENGAJARAN

Strategi pengajaran dan pembelajaran untuk mewujudkan motivasi dan minat pelajar adalah dengan cara:

a. berpusatkan pelajar : menggalakkan tanggungjawab dan penglibatan murid dalam P & P.

b. berpusatkan tugas: murid menyempurnakan tugas (mencari iklan yang bersesuaian dengan topik pengajaran guru), aktiviti yang diberikan oleh guru untuk melihat sama ada pelajar menguasai atau tidak isi kandungan pengajaran dan memberi peluang untuk murid berinteraksi dan mengamalkan penglibatan aktif pelajar di dalam kelas (kaedah kooperatif).

Kerangka Teoritikal

Teori yang dihasilkan oleh Roger Sperry (1970) yang menghuraikan bahawa manusia menggunakan otak kanannya untuk berfikir secara kreatif dan otak kirinya untuk berfikir secara kritis ingin digunakan di sini bagi menerangkan pernyataan masalah untuk subjek KH. Ini disokong oleh teori pemikiran yang dihasilkan oleh John Barell (1991) menghuraikan pemikiran sebagai proses mencari makna serta usaha mencapai keputusan yang wajar. Untuk mata pelajaran Perdagangan, teori Bruner (1966) menyatakan bahawa pelajar-pelajar akan bermotivasi untuk belajar apabila bahan-bahan pengajaran yang digunakan distrukturkan dengan baik selain butir-butir pengetahuan sedia ada pelajar digunakan sebagai motivasi kepada pelajar untuk belajar sesuatu perkara / mata pelajaran.

Kerangka Konseptual

a. konsep pemikiran

Teori yang dihasilkan oleh Roger Sperry (1970) dalam konsep pemikiran menghuraikan bahawa manusia menggunakan otak kanannya untuk berfikir secara kreatif dan otak kirinya untuk berfikir secara kritis ingin digunakan di sini bagi menerangkan pernyataan masalah untuk subjek KH.

b. konsep kemahiran berfikir

Konsep yang akan diaplikasikan di sini adalah konsep kemahiran berfikir. Konsep kemahiran berfikir adalah kecekapan menggunakan akal menjalankan proses pemikiran. Seorang yang memperoleh kemahiran berfikir sanggup dan cekap menyusun maklumat, konsep atau idea secara teratur dan membuat kesimpulan atau keputusan yang tepat untuk tindakan terarah dan wajar.


Kemahiran berfikir secara kritis : kebolehan membuat , mentafsir dan menilai data, idea dan maklumat untuk mencari makna atau menyelesaikan masalah.

Kemahiran berfikir secara kreatif: kebolehan memperluas dan mengembangkan daya imaginasi, kreativiti, dan inovasi dengan tujuan mendapat idea baru atau ciptaan yang asli.
Kerangka Operational


Sunday, December 6, 2009

AKTIVITI 12 : PEMURNIAN

PENYATAAN MASALAH

Matlamat pengajaran subjek perdagangan adalah untuk membentuk pelajar mengetahui, memahami, dan dapat menggunakan prinsip-prinsip dan amalan-amalan positif dalam bidang perniagaan dan perkhidmatan berkaitan. Matapelajaran KH pula adalah bersifat amali dan berunsurkan teknologi yang dirancang untuk mempertingkatkan produktiviti Negara melalui penglibatan masyarakat secara kreatif, inovatif dan produktif.

Melalui analisis SWOT yang dilakukan, pengkaji mendapati sebahagian pelajar kurang melibatkan diri dalam matapelajaran pendidikan perdagangan dan KH kerana pelajar cepat merasa jemu dan bosan. Perkara ini berlaku apabila guru hanya menggunakan teknik kuliah dan syarahan semata-mata bagi matapelajaran perdagangan. Bagi matapelajaran KH pula, pelajar kurang kreatif kerana kekurangan idea dalam menghasilkan sesuatu projek. Di samping itu, kekurangan kemahiran dalam sub topik tertentu mendorong pelajar merasa kurang penglibatan dalam aktiviti-aktiviti tertentu.

Justeru pengkaji berpendapat penggunaan sedutan iklan dalam pengajaran dan pembelajaran dapat digunakan sebagai alternatif baru yang mampu menarik minat pelajar dalam menumpukan perhatian dan melibatkan diri ketika sesi pengajaran dan pebelajaran yang sedang berlangsung. Walaubagaimanapun, teknik kuliah dan syarahan tetap digunakan dalam P&P dan dipelbagaikan dengan menggunakna teknik sedutan iklan.

TUJUAN KAJIAN
Meningkatkan penguasaan pelajar terhadap subjek KHB/Perdagangan dengan menggunakan pendekatan sedutan iklan.


OBJEKTIF KAJIAN

1. Meningkatkan penglibatan pelajar secara aktif dalam proses pembelajaran dengan menggunakan kaedah sedutan iklan.
2. Menilai keberkesanan penggunaan iklan dalam menimbulkan minat pelajar mempelajari subjek KHB/ Perdagangan.

AKTIVITI 11: ULASAN JURNAL


Jurnal 1: Collaborative action research and project work: Promising practices for developing collaborative inquiry among early childhood preservice teacher

Jurnal ini menerangkan pernyataan masalah dengan melakukan pemerhatian di mana pengkaji mendapati bahawa kebanyakkan guru-guru di sekolah terlalu bergantung kepada kaedah pengajaran tradisional dan kurang menarik minat pelajar-pelajar. Guru-guru juga didapati tidak berminat untuk menjalankan projek atau aktiviti secara kolaboratif yang boleh diguna dan dikongsikan bersama-sama untuk tujuan membantu meningkatkan tahap pengajaran mereka. Selain itu, pengkaji juga menyokong permasalahan kajian ini dengan berpandukan kepada jurnal-jurnal atau kajian-kajian lepas.

Jurnal 2: The contribution of action research ti training teachers in intercultural education: A research in the field of Greek minority education

Pernyataan masalah bagi jurnal ini dinyatakan dengan berdasarkan kepada jurnal-jurnal lepas atau pernyataan masalah yang dinyatakan oleh pengkaji-pengkaji lepas tentang hasil kajian mereka. Yang membezakan kajian ini adalah ianya akan dikaji dengan menggunakan model kajian tindakan. berdasarkan kepada jurnal yang dibaca, didapati pernyataan masalah yang dikenal pasti adalah masalah di antara guru-guru kumpulan majoriti dengan pelajar-pelajar minoriti di sini. Guru-guru ini mempunyai pandangan negatif atau streotype terhadap pelajar-pelajar minoriti sehingga memberi kesan kepada tahap penglibatan dan motivasi pelajar-pelajar ini.

Jurnal 3 : Minute Math: An Action Research Study of Student Self-Assessment

Seperti mana jurna 2, jurnal ini juga menerangkan pernyataan masalah dengan berpandukan kepada jurnal yang dikeluarkan oleh penulis-penulis lain. Selain itu, ianya turut disokong melalui pemerhatian yang dilakukan oleh penulis yang mendapati kebanyakkan pelajar cenderung untuk menghafal konsep-konsep matematik berbanding memhaminya atau membuat penilaian kendiri.

AKTIVITI 10: ULASAN BUKU

Pernyataan masalah yang dinyatakan di dalam kelas ini dinyatakan apabila pengkaji membuat pemerhatian dan mendapati terdapat beberapa masalah di dalam bilik darjah yang telah dikenal pasti:

Kes pertama (" The Leslies") :- kes ini melibatkan seorang pelajar bernama Leslie yang menghadapai masalah di mana dia memperolehi gred D bagi ujian pertengahan semester untuk subjek ekonomi walaupun dia telah berusaha keras belajar. Ini menyebabkan Leslie menjadi kurang motivasi untuk terlibat di dalam bilik darjah semasa proses P & P.

b. Kes kedua (" The Captive Audience") :- kes ini pula melibatkan kajian seorang guru bernama Jean Hastings yang menghadapi masalah dengan murid-muridnya yang tidak berminat untuk masuk ke dalam makmal Fizik semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

c. Kes ketiga ( "But is it Working") :- kes ini juga melibatkan dua orang guru, Sam Marston dan Susan Green yang ingin mengubah cara pembelajaran sejarah di dalam bilik darjah bagi mengubah perspektif pelajar-pelajar untuk belajar subjek ini.

d. Kes keempat ( " The challenge") :- Kes ini menceritakan cabaran-cabaran yang bakal ditempuh oleh guru dan pelajar-pelajar semasa di dalam bilik darjah dan boleh dijadikan satu persoalan dan seterusnya membentuk masalah untuk dijadikan kajian bilik darjah.

Friday, December 4, 2009

TUGASAN 2 : ULASAN JURNAL

TUGASAN 1: ULASAN BUKU

TAJUK BUKU: CLASSROOM RESEARCH: IMPLEMENTING THE SCHOLARSHIP OF TEACHING
PENULIS: K. PATRICIA CROSS & MIMI HARRIS STEADMAN

1. Maksud kajian bilik darjah (classroom research)
Kajian bilik darjah adalah merujuk kepada pemerhatian yang dilakukan semasa aktiviti pembelajaran, refleksi dan perbincangan, melalui data daripada penyelidikan kawan-kawan yang lepas dan literature review. Kajian ini membantu guru menjadi guru yang efektif dan pelajar akan belajar bagaiman untuk menjadi pelajar yang efektif. Kajian bilik darjah adalah berbeza daripada penilaian bilik darjah (classroom assessment -lebih kepada what) sebaliknya classroom assessment merupakan sub kecil dalam kajian bilik darjah (why).

2. Mengapa guru perlu melakukan kajian bilik darjah

a. mengeratkan hubungan di antara pelajar dan guru :- hubungan di antara guru dan pelajar akan bertambah erat bila mana kajian bilik darjah dilakukan kerana guru akan lebih memahami pelajar-pelajar mereka. Hubungan baik di antara guru dan pelajar akan membantu guru mengawal perkembangan pelajaran pelajar-pelajar dalam usaha menjadi seorang guru yang mampu mengajar secara efektif semasa di dalam bilik darjah.

b. menggalakkan kerjasama sesama pelajar dan guru dengan rakan sekerja :- apabila kajian bilik darjah dilakukan, ia akan membentuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang berorientasikan pelajar. Oleh yang demikian, pelajar sesama pelajar akan dapat bersosial dan bekerjasama di antara satu sama lain. Selain itu, kerjasama guru dengan rakan sekerja (guru lain) juga akan dapat ditingkatkan kerana kajian bilik darjah tidak boleh berdiri sendiri tanpa penyertaan komuniti atau guru-guru lain untuk berkongsi pendapat tenatang kajian yang dilakukan.

c.Menggalakkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang lebih aktif :- kajian bilik darjah memerlukan guru terlibat secara aktif dalam melihat aktiviti pengajaran. Guru tidak hanya perlu bertanya soalan tentang apa yang diajar malah perlu menerangkan cara bagaimana untuk menyiasat bagaimana cara terbaik untuk menjawab soalan berkenaan.

3. Prosuder kajian bilik darjah

a. Mengenal pasti masalah -masalah yang dihadapai oleh setiap pelajar atau guru dikenal pasti melalui pencapaian pelajar atau penyertaan pelajar di dalam bilik darjah.

b. Mereka bentuk kajian yang akan menerangkan bagaimana kajian ini akan dijalankan.

c. penilaian terhadap hipotesis yang dibentuk bagi mengenal pasti sama ada situasi sebenar di dalam bilik darjah adalah sama atau tidak dengan hipotesis yang dibentuk tadi. Antara kaedah yang digunakan adalah dengan mengandaikan bahawa pelajar-pelajar lain juga menghadapi masalah seperti mana pelajar yang dinyatakan dalam kes ini.

d. Menyelesaikan masalah / bertindak dengan memberi nasihat kepada pelajar atau guru yang bermaslah agar mereka dapat menyelesaikan masalah yang mereka hadapi.

4. Sample
Memandangkan buku ini melibatkan kajian kes, keempat-empat kes yang dipaparkan dalam buku ini melibatkan pelajar-pelajar dan guru-guru.

a. Kes pertama (" The Leslies") :- kes ini melibatkan seorang pelajar bernama Leslie yang menghadapai masalah di mana dia memperolehi gred D bagi ujian pertengahan semester untuk subjek ekonomi walaupun dia telah berusaha keras belajar.

b. Kes kedua (" The Captive Audience") :- kes ini pula melibatkan kajian seorang guru bernama Jean Hastings yang menghadapi masalah dengan murid-muridnya yang tidak berminat untuk masuk ke dalam makmal Fizik semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

c. Kes ketiga ("But is it Working") :- kes ini juga melibatkan dua orang guru, Sam Marston dan Susan Green yang ingin mengubah cara pembelajaran sejarah di dalam bilik darjah bagi mengubah perspektif pelajar-pelajar untuk belajar subjek ini.
d. Kes keempat (" The challenge") :- Kes ini menceritakan cabaran-cabaran yang bakal ditempuh oleh guru dan pelajar-pelajar semasa di dalam bilik darjah dan boleh dijadikan satu persoalan dan seterusnya membentuk masalah untuk dijadikan kajian bilik darjah.

Pengumpulan dan Penganalisaan Data

Teknik pengumpulan data yang digunakan oleh buku ini adalah menggunakan kaedah Classroom Assessment Technique (CAT). CAT bukan sahaja mampu memberikan maklumat yang berguna malah mempunyai potensi untuk menarik minat pelajar untuk mereflek kepada strategi pembelajaran yang efektif. Antara contoh-contoh CAT adalah seperti berikut:

a. Selang selikan pengajaran (punctuated lecture) :- kaedah ini merupakan cara untuk membaiki pemerhatian yang dilakukan di dalam bilik darjah untuk mengumpul data tentang pembelajaran pelajar dan perhatian yang diberikan semasa kelas. Di sini guru dan pelajar akan terlibat dengan 5 langkah iaitu, mendengar, berhenti, refleksi, menulis dan memberi maklum balas.
b. Buku log pembelajaran :- buku log pembelajaran ini akan digunakan oleh pelajar-pelajar untuk merekodkan respon mereka terhadap aktiviti P & P pada hari tersebut. Respon tersebut boleh dibahagikan kepada dua, satu bahagianakan digunakan oleh pelajar-pelajar untuk menulis senarai-senarai apa yang mereka fahami daripada pembelajaran pada hari tersebut. Kedua adalah senarai-senarai points yang dirasakan tidak jelas oleh pelajar-pelajar. Buku log ini akan memberi maklumat kepada guru mahupun pelajar itu sendiri tentang kekuatan dan kelemahan yang ada pada mereka.
c. Tinjauan :- Tinjauan terhadap keyakinan diri pelajar terhadap kursus yang diambil juga boleh dijalankan dalam usaha mengumpul data. Tinjauan ini dilakukan untuk melihat keyakinan diri pelajar terhadap sesuatu topik di dalam kursus tersebut. Tinjauan ini akan menyenaraikan tahap keyakinan pelajar sama ada rendah, sederhana dan tinggi.
Guru boleh menganalisis data yang diperolehi atau yang telah dikumpulkan dengan:
a. menggunakan borang yang akan disimpan oleh guru dan pelajar semasa membuat refleksi. Pelajar-pelajar akan menggunakan borang tersebut sebagai penilaian prestasi mereka sepanjang semester tersebut sebagai cabaran untuk penambah baikan.
b. Data yang diperolehi boleh dianalisis dengan menggunakan kaedah jadual (tabulation). Kaedah jadual yang digunakan memudahkan lagi proses penganalisaan dilakukan kerana ianya lebih mudah untuk dilihat dan dinilai. Oleh itu, guru mampu bertindak dengan lebih pantas untuk memperbaiki kelemahan yang telah dikenal pasti dan telah dijadualkan.
c. Skala. Penggunaan skala juga mampu membantu guru untuk menganalisis data yang diperolehi. Kaedah laporan kendiri yang mempunyai 10 skala seperti perasaan gelisah, pengurusan masa, motivasi, pengurusan maklumat, memilih idea utama, sikap, perhatian, strategi menjawab ujian, alat bantu belajar dan ujian kendiri. Selain itu, kaedah skala Likert juga digunakan sama ada 5 atau 7 di mana skala tertinggi menunjukkan sesuatu yang lebih tinggi berbanding angaka yang rendah seperti 1.
d. Maklumat yang diperolehi melalui tinjauan dapat dianalisis dengan lebih mudah dengan menggunakan graf selain dapat melihat perhubungannya dengan pemboleh ubah-pemboleh ubah yang lain.

Saturday, November 21, 2009

AKTIVITI 9: TUGASAN 4- KT MINI

Matlamat kajian:

Meningkatkan penguasaan pelajar terhadap subjek KHB/Perdagangan dengan menggunakan pendekatan sedutan iklan.

Objektif kajian:

1. Meningkatkan penglibatan pelajar secara aktif dalam proses pembelajaran dengan menggunakan kaedah sedutan iklan.
2. Menilai keberkesanan penggunaan iklan dalam menimbulkan minat pelajar mempelajari subjek KHB/ Perdagangan.

Persoalan kajian:

1. Adakah penggunaan iklan mampu meningkatkan penglibatan aktif pelajar semasa P & P
2. Adakah penggunaan iklan dapat menimbulkan minat pelajar mempelajari subjek KHB/ Perdagangan

AKTIVITI 8: TUGASAN 4-KT MINI

CADANGAN UNTUK MENGATASI KELEMAHAN PENGAJARAN DENGAN MENGGUNAKAN SEDUTAN IKLAN

A. Pandangan individu

1. Penggunaan teknologi dan media bersesuaian dengan minat pelajar masa kini
2. Guru perlu bijak mengubah suai silibus supaya pelbagai aktiviti tambahan dpt dijalankan

B. Perbincangan Kumpulan

Bagi mengatasi kelemahan-kelemahan yang telah dikenal pasti tadi, kami mencadangkan penggunaan sedutan iklan sebagai satu kaedah pengajaran yang boleh diaplikasikan oleh guru semasa mengajar subjek KH/ perdagangan memandangkan kaedah ini tidak pernah diaplikasikan oleh kebanyakkan guru-guru sebelum ini.

C. Pengalaman Pasukan Luar


1. Penggunaan peta minda
2. Kaedah perbincangan kooperatif dan kolaboratif

AKTIVITI 7: TUGASAN 4-KT MINI

KELEMAHAN PENGAJARAN SUBJEK PERDAGANGAN / K.HIDUP DENGAN MENGGUNAKAN SEDUTAN IKLAN

A. Pengalaman individu

1. Terlalu banyak fakta / pembacaan
2. Memerlukan guru yang kreatif (penggunaan teknik mengajar yg tidak membosankan)
3. Hanya option (perdagangan) menyebabkan skop atau ruang lingkupnya agak kecil
4. Tidak berapa mendapat pilihan di hati pelajar-pelajar yang tidak menyukai kamahiran / pembacaan

B. Perbincangan kumpulan

1. Teknik pengajaran guru yang membosankan (aktiviti terhad-terlalu banyak menyalin nota)
2. Pengajaran yang diajar lebih kepada teacher centered
3. Peralatan multimedia dan teknologi yang terhad di kebanyakkan sekolah

C. Pengalaman Pasukan Luar


1. Penggunaan BBM tradisional (kad manila / dam ular)
2. Terpaksa menghabiskan silibus
3. Bosan dengan subjek perdagangan kerana memerlukan pembacaan
4. Pelajar tidak nampak gambaran sebenar transaksi yang berlaku dalam dunia sebenar perniagaan. Pelajar cuma tahu urusan jual beli sahaja.

D. Literature Review

AKTIVITI 6: TUGASAN 4-KT MINI

KEKUATAN PENGAJARAN PERDAGANGAN/K.HIDUP DENGAN MENGGUNAKAN SEDUTAN IKLAN


A. Pengalaman individu
Pada pendapat saya, subjek Kemahiran Hidup dan Perdagangan mempunyai kekuatannya yang tersendiri. Ini kerana, ia mampu meningkatkan pengetahuan individu atau pelajar tentang bidang ini yang mampu mengelakkan mereka daripada ditipu oleh perniaga atau terpedaya dengan teknik-teknik perniagaan yang digunakan. Bagi kemahiran hidup pula, ia bukan sahaja mampu melahirkan pelajar yang hanya tertumpu kepada bidang akademik malah mempunyai kemahiran-kemahiran tertentu yang boleh digunakan untuk melebarkan lagi skop kebolehan seseorang individu.

B. Perbincangan Kumpulan


1. Membolehkan pelajar memperoleh kemahiran dan pengetahuan berasaskan perniagaan dan keusahawanan
2. Membantu meningkatkan aspek kemahiran murid.
3. Guru membantu pelajar mengaplikasikan/mengasah kemahiran pelajar yeng terpendam.
4. Pelajar dapat mengaplikasikan teori dalam projek-projek yang diberikan oleh guru.


C. Pengalaman Pasukan Luar

1. Bangga dapat hasilkan projek kemahiran hidup sendiri selain dapat digunakan hingga sekarang.

2. Dapat mengetahui tenik-teknik peniaga dan pengilang untuk menjual produk mereka dan sentiasa berhati-hati semasa membeli.

3. Alternatif kepada pelajar-pelajar yang kurang meminati bidang sains dan matematik.

D. Literatur Review

AKTIVITI 5: TUGASAN 1 BUKU & TUGASAN MINI KAJIAN TINDAKAN

A. Guru novis perlu melakukan kajian tindakan kerana:

1. Membuat pembaharuan kepada kaedah atau teknik mengajar
2. Memperbaiki kaedah mengajar dan prestasi kerja supaya dapat memberi pengajaran yang lebih jelas dan berkesan
3. Bertindak sebagai panduan kepada guru-guru lain
4. Mempelbagaikan kaedah mengajar yang sesuai dengan kebolehan dan minat pelajar
5. Mempunyai kemahiran yang mencukupi untuk mempraktikannya dalam situasi yang baru dengan berkesan

B. Sebab ingin mengkaji tentang penggunaan sedutan iklan dalam P & P:
1. Kaedah ini jarang digunakan oleh pengkaji mahupun guru itu sendiri semasa proses P & P
2. Iklan merupakan sesuatu yang dekat dengan diri pelajar kerana mereka menonton televisyen
3. Menguji daya kreativiti sebagai seorang guru novis untuk menghubung jalinkan topik pengajaran dan iklan-iklan yang ada.

Friday, November 13, 2009

AKTIVITI 4: MINI KAJIAN TINDAKAN

Tajuk mini kajian tindakan yang telah dipersetujui oleh setiap ahli dalam kumpulan saya adalah berbunyi :


" Penggunaan iklan dalam aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran "

Tajuk ini dipilih setelah beberapa penilaian dilakukan antaranya faktor minat pelajar, kecenderungan dan keupayaan pelajar serta kreativiti guru dalam membudaya ICT dalam bilik darjah. Iklan sebenarnya mampu memberikan kesan positif kepada aktiviti pembelajaran pelajar kerana:

a) Iklan merupakan sesuatu yang dekat dengan diri pelajar kerana kebanyakkan pelajar-pelajar suka menonton televisyen dan mendengar radio.

b) Paparan iklan mampu menarik minat pelajar kerana ia bersesuainan dengan minat pelajar sekarang yang berkemahiran dalam bidang teknologi / ICT.

c) paparan iklan juga mampu mendorong pelajar-pelajar menjana idea mereka dengan berfikir secara kreatif dan kritis.

d) Guru mudah untuk mempelbagaikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran kerana iklan bukan saja melibatkan aktiviti secara elektronik malah boleh digunakan iklan secara bercetak seperti yang terdapat di dalam majalah dan surat khabar. Variasi tekik pengajaran guru membantu memotivasikan pelajar untuk belajar.

e) Keluar dari kepompong pengajaran secara tradisional atau penggunaan slideshow dan teknik pengajaran

Kajian ini akan dijalankan kepada pelajar-pelajar Tingkatan 1 dan 2 bagi mata pelajaran Kemahiran Hidup dan Tingkatan 4 bagi mata pelajaran Perdagangan. Kajian ini dijangka akan dijalankan di sekolah menengah sekitar Bangi, Selangor.

Saturday, November 7, 2009

TUGASAN 3: RINGKASAN KOLOKIUM

Pada 26 dan 27 Oktober 2009, semua pelajar-pelajar DPLI JULAI 2009/2010 telah menghadiri satu kolokium yang dianjurkan oleh senior kami (DPLI ambilan JANUARI) di Palm Garden Hotel, Putrajaya. Melalui kolokium ini, pelbagai informasi dan perkara baru yang saya perolehi. Berikut merupakan ulasan daripada dua buah kumpulan yang sangat memberi kesan kepada saya.

Pembentangan 1

Tarikh: 27.10.2009
Masa: 11.00 – 12.00 tengah hari
Tempat: Bilik Perdana A
Tajuk: The Effectiveness of Student teams Achievement Divisions (STAD) in teaching Form 2 Science in Victoria Institution
Pembentang: Chiong Ai Hua dan Saw Ying Yu
Penyelia: Prof. Dr. Lilia Halim


OBJEKTIF KAJIAN:
a) melihat sama ada kaedah STAD mampu memperbaiki hasil pembelajaran (Improve learning outcome)
b) melihat sama ada kaedah STAD mampu meningkatkan motivasi pelajar (Improve students’ motivation)
c) melihat sama ada kaedah STAD mampu meningkatkan penyertaan pelajar (Improve students’ participation.


METODOLOGI:

a) kajian ini merupakan kajian tindakan secara kolaboratif yang melibatkan dua orang guru.

b) kajian ini dijalankan kepada 30 orang pelajar dari Tingkatan 2 (sebuah kelas)

c) Model yang digunakan untuk kajian ini adalah Kemmis model yang melibatkan empat peringkat seperti pra-pemerhatian. perancangan, perlaksanaan, pemerhatian dan tindakan.

CARA-CARA PENGUMPULAN DAN PENGANALISAAN DATA:

a) Dimulakan dengan perbentangan oleh guru sama ada menggunakan power point atau dengan menggunakan kaedah tradisional (papan hitam dan kapur). Namun, menurut pembentang, mereka banyak menggunakan power point berbanding kaedah tradisional.

b) Membahagikan pelajar kepada kumpulan-kumpulan kecil untuk perbincangan kumpulan. Menurut pembentang, mereka biasanya memberi masa 20 minit untuk perbincangan di dalam kumpulan berkaitan dengan konsep-konsep sains.

c) Kuiz ini dijalankan selepas perbentangan kumpulan selesai. Kuiz dilakukan secara individu untuk melihat kefahaman pelajar hasil daripada aktiviti perbincangan yang dilakukan dalam kumpulan tadi.

d) Untuk merekod dan menilai pencapaian pelajar tersebut, pengkaji menyediakan sebuah borang yang dikenali sebagai borang pengskoran individu (Individual Improvement Scores). Borang ini diisi berdasarkan kepada markah yang diperolehi oleh pelajar semasa menjawab kuiz individu tadi.

e) Selain skor individu, skor kumpulan juga diberikan dengan berdasarkan kepada aktiviti yang dijalankan secara berkumpulan. Aktiviti berkumpulan ini biasanya pembentangan yang dilakukan.

KEPUTUSAN:

Keputusan untuk kajian tindakan akan menjawab objektif di awal kajian tadi.

a)melihat sama ada kaedah STAD mampu memperbaiki hasil pembelajaran (Improve learning outcome)

Pusingan 1 : Tiada kesan signifikan. Pelajar-pelajar tidak dapat menerima kaedah STAD yang digunakan memandangkan kaedah ini merupakan kaedah baru bagi mereka. Pada pusingan ini juga, mereka gagal untuk menerima aplikasi-aplikasi di dalam aktiviti yang dijalankan ini serta tiada kerjasama yang diberikan di antara ahli kumpulan semasa sesi berkumpulan.

Pusingan2: Kesan signifikan yang positif. Kaedah STAD mula boleh diterima oleh pelajar-pelajar. Banyak pelajar-pelajar mula memberi kerjasama anatara satu sama lain semasa aktiviti berkumpulan dijalankan. Walau bagaimanapun, menurut pembentang, semasa aktiviti menyediakan peta minda untuk perbentangan kumpulan tentang beberapa konsep sains, terdapat beberapa kesalahan yang telah dilakukan oleh pelajar.

Pusingan 3: Kesan signifikan yang positif. Pelajar-pelajar mula selesa dengan penggunaan kaedah STAD semasa aktiviti pembelajarn. Penyertaan pelajar dalam kumpulan juga mula menunjukkan peningkatan yang sangat baik di mana mereka bukan sahaja melakukan tugasan yang diberi dengan betul malah menjadikannya sesuatu yang kreatif dan tidak bergantung kepada kertas mahjung dan mereka sahaja.

Bukti yang menunjukkan bahawa objektif ini telah tercapai adalah melalui markah kuiz yang diperolehi oleh pelajar. Pada pusingan pertama, markah tertinggi yang diperolehi oleh pelajar adalah 70%. Pada pusingan kedua, terdapat sedikit peningkatan di mana terdapat seorang pelajar memperolehi markah 100%. Untuk pusingan ketiga, pemahaman pelajar tentang konsep sains semakin meningkat di mana seramai 4 orang pelajar memperolehi markah penuh iaitu 100% berbanding hanya seorang pada pusingan kedua.

b) melihat sama ada kaedah STAD mampu meningkatkan motivasi pelajar (Improve students’ motivation)
Pusingan 1: Pelajar-pelajar didapati tidak bermotivasi untuk masuk ke dalam kelas sains. menurut pembentang, ini dapat dilihat apabila palajar-pelajar cenderung untuk masuk lewat ke dalam makmal dan ponteng kelas.

Pusingan 2 dan 3: Motivasi pelajar untuk belajar sains dengan menggunakan kaedah STAD meningkat bila mana mereka mula cenderung untuk masuk ke makmal seperti mana masa yang ditetapkan.

c) melihat sama ada kaedah STAD mampu meningkatkan penyertaan pelajar (Improve students’ participation)

Pusingan 1: Pelajar-pelajar didapati tidak berminat dengan aktiviti kumpulan yang dijalankan dan masing-masing bersikap individualistik. Selain itu, tidak ramai yang berminat untuk membentangkan hasil dapatan mereka.

Pusingan 2 dan 3: Penyertaan pelajar di dalam kelas semasa aktiviti pembentangan dan aktiviti berkumpulan meningkat melalui hasil pembentangan yang kreatif dan menarik.

PENGAJARAN:

a) Kaedah pembelajaran kolaboratif luas. Oleh yang demikian, kita tidak seharusnya tertumpu kepada kaedah JIGSAW sahaja apabila menyebut tentang kaedah pembelajaran kolaboratif. Daripada kajian tindakan yang dilakukan ini, terbukti bahawa kaedah STAD juga mampu memberi impak yang besar untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah.
b) Mengaplikasikan teori-teori yang dipelajari semasa di dalam kelas/kuliah semasa mengajar kelak.
KOMEN:
1. Tajuk salah kerana mengandungi perkataan effectiveness. Kajian tindakan mengkaji cara untuk menyelesaikan masalah. yang terbaik.

Wednesday, November 4, 2009

TUGASAN 3: RINGKASAN KOLOKIUM

PEMBENTANGAN 2

Tarikh: 26/10/2009
Masa: 2.00 -4.00 P.M
Tajuk: Students' Perception of the Use of Gaming Technique (Word Puzzle) in Learning Science Concepts and Keywords in Science
Pembentang: Lee Sok Leng & Wong Wan Heng
Penyelia: Prof. Madya Dr. Nooreiny Maarof

1. PENYATAAN MASALAH:

Masalah yang dihadapi oleh pelajar-pelajar yang mendorong pengkaji melakukan kajian ini adalah kerana setelah pemerhatian dilakukan di awal praktikal, mereka mendapati bahawa pelajar-pelajar menghadapai masalah untuk memahami konsep-konsep sains serta mengingat dan menghafal ejaannya di dalam Bahasa Inggeris.

2. METODOLOGI:
  • kajian ini dijalankan kepada 50 orang pelajar daripada sebuah kelas
  • Data yang diperolehi akan dianalisis dengan menggunakan kaedah kualitatif dan kuantitatif

ancangan
(menetapkan tujuan, objektif,
persoalan kajian dan
metodologi)

Tindakan
(pra-ujian, word puzzles, post-test, borang kaji selidik
Pemerhatian
(Mengenal pasti reaksi
pelajar semasa aktiviti
ini dijalankan)

Refleksi3. PENGUMPULAN DAN PENGANALISAAN DATA:

  • Berikut merupakan kaedah-kaedah yang digunakan untuk mengumpulkan data:

a. Pretest - dilakukan untuk mengumpul data awal berkaitan dengan masalah pelajar dalam memahami konsep dan kata kunci dalam mata pelajaran sains.

b. Word Puzzle 1 - Dilakukan untuk pertama kalinya bagi membiasakan pelajar dengan kaedah permainan ini dalam pembelajaran
c. word puzzle 2 - Dilakukan untuk melihat perubahan markah pelajar setelah bermain untuk kali yang kedua.
d. Post-Test - Memberi pelajar-pelajar menjawab borang kaji selidik untuk melihat apakah pendapat mereka tentang permainan word puzzle apabila diaplikasikan dalam pengajaran konsep dan kata kunci sains.

4. DAPATAN KAJIAN:

a. Kaedah word puzzle merupakan kaedah yang berguna untuk membantu mereka memahami konsep-konsep dan kata kunci sains.
b. Memotivasikan pelajar untuk mengingat dan mempelajari konsep dan kata kunci dalam sains.

5. KOMEN

1. Tajuk salah kerana mengandungi perkataan perception kerana dalam kajian tindakan kita bukan mengkaji perception tetapi penyelesaian terbaik kepada sesuatu masalah.

Tuesday, November 3, 2009

TUGASAN 2: ULASAN JURNAL

JURNAL 3: MINUTE MATH: AN ACTION RESEARCH STUDY OF STUDENT
SELF-ASSESSMENT*

PENULIS: BROOKHART, ANDOLINA, ZUZA & FURMAN

Permasalahan:

Pelajar-pelajar cenderung untuk menghafal fakta-fakta matematik berbanding membuat penilaian kendiri (self-assessment) yang dikatakan mampu menyumbang kepada pembangunan pelajar yang celik matematik dan berupaya untuk “ belajar cara belajar”.

Objektif:

1. Mengingat fakta-fakta matematik memberikan kesan yang besar dalam kurikulum matematik, tangga ketiga. Walau bagaimanapun, kajian yang dilakukan bukan bertujuan untuk menafikan kepentingannya tetapi mungkin satu hari kepentingan kaedah ini akan berkurangan disebabkan oleh program ujian dan disebabkan oleh ibu bapa mahu pelajar-pelajar itu belajar tentang fakta-fakta tersebut.

2. Untuk menilai kegunaan kajian tindakan sebagai alat pembangunan pendidikan yang professional dan keputusannya dibentang di serata tempat.

Sample dan Setting Kajian:

Kajian ini melibatkan 3 orang guru pelatih, 2 orang penyelia university, dan tiga orang guru yang menjalankan kajian ini secara kolaboratif di 2 buah kelas dengan bilangan pelajar seperti berikut (kelas A, 20 orang dan kelas B, 21 orang) di sekolah biasa sekitar Timur United State. 2 orang guru tadi merupakan guru di sekolah biasa sementara 3 orang lagi merupakan guru pendidikan khas yang bekerja di setiap kelas berikut.


· Setting kajian adalah di sekolah rendah yang terletak di pinggir Bandar US. Kira-kira 1.6 % daripada mereka berpendapatan rendah dan di sini hanya terdapat 24 orang staf professional di kawasan ini.

Prosuder kajian:

· Bagi setiap kelas , 5 minit digunakan untuk menjalankan ujian yang melibatkan fakta-fakta pendaraban yang diberi di dalam kelas (100 fakta daripada 0-9 tables) sekali seminggu selama 10 minggu.

Pengumpulan dan pengananilsaan data

· GPAR reflection sheets
· Kualitatif – diskriptif statistic

Keputusan:

· Pelajar-pelajar gembira terlibat dalam penilaian kendiri
· Keputusannya adalah positif di mana pelajar-pelajar dapat meilihat langkah-langkah yang patut mereka lakukan berdasarkan graf.

Monday, November 2, 2009

TUGASAN 2 : ULASAN JURNAL

JURNAL 2

The contribution of action research to training teachers in intercultural education: A research in the field of Greek Minority education

-matlamat: menilai sama ada kajian tindakan boleh membantu pendidik daripada kumpulan majoriti dalam membantu pelajar-pelajar minoriti

- kajian ini dijalankan di Thrace, kawasan di North-Easten Greece di sempadan negara Turki.

- Kajian mendapati bahawa latihan kepada guru-guru membawa perubahan kepada pandangan dan sikap kepada kepercayaan ideologi masing-masing. Guru-guru juga lebih memahami peranan mereka selepas kajian ini dijalankan.

Sunday, November 1, 2009

TUGASAN 2: ULASAN JURNAL

JURNAL 1

Collaborative action research and project work: Promising practices for developing collaborative inquiry among early childhood preservice teachers
Penulis: Mary Jane Moran

Kajian yang telah dilakukan oleh penulis ini adalah dengan menggunakan kaedah kajian tindakan untuk melihat perubahan guru-guru baru dalam melaksanakan kajian dan projek secara kolaboratif di samping mengajar.

Permasalahan:
Permasalahan yang diutarakan di sini adalah peranan dan penyertaan guru dalam menjalankan kajian tindakan dan projek-projek secara kolaboratif.

Sample dan setting kajian
Sample kajian adalah 24 orang guru yang masih baru dalam bidang pendidikan di Universiti New England.

Prosuder kajian tindakan
Banyak menggunakan kaedah-kaedah analitikal, strategi-strategi
Contohnya: Jurnal, rakaman video aktiviti pengajaran, trankskrip melalui rakaman suara yang dilakukan dengan rakan-rakan dan perbualan dengan pelajar serta perbincangan dengan seorang pensyarah yang menyelia.

Pengumpulan dan penganalisisaan data kajian:
a. temubual: semistructured dengan menggunakan video-stimulated recall, menjemput bakal guru untuk komen dan ingat kembali semasa melhat rakaman video semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
b. semua rakamn secara audio yang diambil, ditranskripkan dalam bentuk verbatim. analisis dilakukan berdasarkan verbatim yang disediakan ini.
c. perbandingan antara data dilakukan dan distrukturkan dengan menggunkan memo konseptual.
d. Analisis dilakukan pada dua peringkat:-
i. tahap individu
ii. tahap kumpulan

Memapar dapatan kajian tindakan
a. Entries dan Transkrip (jurnal, rakaman video mengajar, pebincangan guru di dalam kelas dan temubual retrospective)
b. cross-tabulated dan direkodkan secara matric dan carta dengan menggunakan kaedah perbandingan untuk melihat perbandingan tingkah laku individu dan kumpulan.

Friday, October 30, 2009

TUGASAN 2: NOTA


MODEL-MODEL KAJIAN TINDAKAN

1. MODEL AKTIVITI KAJIAN TINDAKAN:

Model ini melibatkan 4 aktiviti yang perlu dilaksanakan. Proses-proses tersebut adalah seperti menilai aktiviti pengajaran dan pembelajaran, merancang dan membentuk, Mengajar dan mengumpul data dan aktiviti yang terakhir adalah menilai pengajaran dan pembelajaran.

a. menilai aktiviti pengajaran pembelajaran.
- membuat refleksi tentang apa yang terbaik untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
- mengumpul data berkaitan pengajaran dan pembelajaran
-mengetahui bahagian mana yang perlu diberi tumpuan.

b. Perancangan dan pembangunan
- menyediakan dan menghasilkan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang baru.
- Guru perlu merancang pemebelajaran dan merancang cara pengumpulan data.

c. Merancang dan melaksanakan
- Melaksanakan rancangan yang telah dirancang.

4. Penilaian terhadap aktiviti pengajaran dan pembelajaran
- Daripada jawapan pelajar, guru melakukan semakan terhadap aktiviti pengajaran dan pembelajaran.


2. MODEL CRASP


Kajian Tindakan adalah:
Critical (dan self-critical) collaborative enquiry
Reflective practitioners being
Accountable and making the results of their enquirypublic,
Self-evaluating their practice and engaged in
Participative problem-solving and continuing professional development

3. Model Kemmis & McTaggart 1988
Model ini mengintegrasikan teori-teori pendidikan dan amalan praktik melalui kajian tindakan.
Model tradisional yang selalu diaplikasikan dalam menjalankan kajian tindakan adalah berdasarkan model “action research cycle” yang diperkenalkan oleh Kemmis dan McTaggart (1988). Menurut Kemmis & McTaggart, model ini mempunyai 4 elemen utama iaitu:

i. Mereflek (reflect)
ii. Merancang (plan)
iii. Bertindak (action)
iv. Memerhati (observe)

Model ini sesuai digunakan untuk pengendalian kajian tindakan amalan seperti yang dijalankan dalam bilik darjah terhadap pengajaran dan pembelajaran.
Gelung Kajian Tindakan (Kemmis & McTaggart, 1988)Proses kajian tindakan bermula dengan guru menjalankan refleksi ke atas satu-satu isu pengajaran dan pembelajaran yang hendak ditangani. Kemudian guru itu menyediakan satu plan yang sesuai untuk mengatasi masalah yang dihadapinya. Seterusnya guru melaksanakan plan yang dihasilkan dan dalam proses pelaksanaannya guru perlu memerhati kemajuan tindakan yang dijalankan itu. Keseluruhan pelaksanaan itu disifatkan sebagai :
Gelungan Pertama (Cycle 1) dan jika masalah itu tidak dapat diatasi, maka guru bolehlah memulakan proses semula ke gelungan kedua
Gelungan Kedua (Cycle 2) sehinggalah masalah itu diselesaikan. Pada Gelungan Kedua guru mesti mereflek dan membuat adaptasi terhadap pelan tindakan beliau. Satu kritikan terhadap model ini ialah ia sentiasa berlanjutan

Thursday, October 29, 2009

TUGASAN 1: ULASAN BUKU

KAJIAN BILIK DARJAH (CLASROOM RESEARCH)

•Kajian bilik darjah adalah merujuk kepada pemerhatian yang dilakukan semasa aktiviti pembelajaran, refleksi dan perbincangan, melalui data daripada penyelidikan kawan-kawan yang lepas dan literature review.
•Kajian ini membantu guru menjadi guru yang efektif dan pelajar akan belajar bagaiman untuk menjadi pelajar yang efektif
•Kajian bilik darjah adalah berbeza daripada penilaian bilik darjah (classroom assessment -lebih kepada what) sebaliknya classroom assessment merupakan sub kecil dalam kajian bilik darjah (why).

CIRI-CIRI KAJIAN BILIK DARJAH

•Learner-centered –lebih kepada bagaimana pelajar terlibat dengan aktiviti pembelajaran di dalam bilik darjah
•Teacher-directed – guru sebgai penyelidik utama
•Kolaboratif –dilakukan sesama guru di dalam bilik darjah
•Context-specific
•Practical and Relevant
Berterusan

AKTIVITI 1: ULASAN BUKU

APAKAH ITU KAJIAN TINDAKAN ???


  • Kajian tindakan bole dianggap sebagai proses kitaran, dinamik, dan kolaboratif yang menekankan kepada isu sosial dalam masyarakat yang mempengaruhi kehidupan mereka.

  • Kajian tindakan juga merupakan satu bentuk pengumpulan, penyiasatan relektif-kendiri yang dijalankan dalam situasi sosial yang bertujuan untuk meningkatkan rasionaliti dan keadilan dalam sosial mereka atau dalam pendidikan, juga memahami praktis dan situasi dimana praktis ini dilaksanakan.

  • Kemmis & McTaggart (1988) mendefinasikan kajian tindakan sebagai satu pendedahan untuk memperbaiki dan mempertingkatkan pendidikan melalui perubahan yang menggalakkan guru menjadi lebih sedar tentang amalan mereka sendiri, menjadi kritis terhadap amalan-amalan tersebut dan bersedia mengubah amalan. Pendekatan ini memerlukan guru melaksanakan inkuiri penemuan secara individu serta melibatkan guru-guru lain secara kolaboratif.

  • McNiff (1988) menyatakan bahawa kajian tindakan membantu kita mempelajari konsep, idea, penerangan dan penambah baikan baru yang boleh dilakukan kerana ia merupakan alat yang digunakan untuk pembelajaran di sekolah dan di dalam bilik darjah. Kajian tindakan boleh digunakan dan dilaksanakan untuk aktiviti pembelajaran sama di kelas dan di sekolah. Kajian tindakan juga mampu memberikan hasil yang terbaik seperti membentuk rancangan, polisi, program dan prosedur yang efektif.

Monday, October 26, 2009

TUGASAN KELAS: SEBAB MENGAPA GURU PERLU MELAKUKAN KAJIAN

Berikut merupakan 10 sebab mengapa guru perlu melakukan kajian tindakan:


  • Dapat membantu guru mengembangkan kemampuan yang ada pada dirinya sebagai peneroka pengetahuan yang profesional (Abdul Rahman Abdul Majid Khan, 2007) - ini merujuk kepada situasi di mana guru tidak hanya bergantung kepada pengetahuan yang dikemukakan oleh orang lain sebaliknya berusaha mencari idea baru bagi menangani masalah yang dihadapai semasa proses pengajaran.

  • Supaya guru dapat mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran mengikut kesesuaian pelajar - ini kerana di dalam kelas, pelajar-pelajar terdiri daripada individu-individu yang berbeza sama ada dari segi kognitif, pengalaman dan latar belakang.

  • Membantu guru mengenal pasti masalah dan cuba mendapatkan kaedah terbaik bagi mengatasi masalah tersebut.

  • Sebagai rujukan dan panduan kepada guru-guru lain melalui perkongsian maklumat (Abdul Rahman Abdul Majid Khan, 2007) - melalui hasil dapatan yang menunjukkan kesan positif yang diperolehi dari segi kuantiti dan kualiti pembelajaran.

  • Membantu guru-guru baru memahami situasi sebenar bilik darjah (Richard Watson Todd, n.d)

  • Bagi melahirkan guru-guru yang membudayakan penyelidikan dalam pengajaran selaras dengan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

  • Mengeratkan silaturrahim antara guru-guru melalui kajian tindakan kolaboratif yang dilakukan (Sumber: www.cgmulia.com/upload/kuliah4) - pendedahan kepada kerja secara berpasukan sepertimana yang diperlukan dalam bidang perguruan.

  • Melahirkan guru-guru yang lebih peka, versatile dan kreatif terhadap kehendak pendidikan dan pelajar - tidak terkongkong dengan kaedah pengajaran tradisional.

  • Meningkatkan keyakinan guru untuk menjadi perintis kepada sesuatu penemuan - keyakinan boleh menjadi pendorong kepada kepuasan dalam melakukan sesuatu tugas atau kerja.

RUJUKAN:

Abdul Rahman Abdul Majid Khan (2007), Guru Sebagai Penyelidik.

FALSAFAH, KONSEP DAN KEPENTINGAN KAJIAN TINDAKAN, reatrived at:www.cgmulia.com/upload/kuliah4.ppt

Richard Watson Todd (n.d), WHY DO ACTION RESEARCH?,King Mongkut's University of Technology Thonburi , reatrived at: www.philseflsupport.com/why_ar.htm

PENGENALAN KEPADA KAJIAN TINDAKAN

Definisi Kajian Tindakan

Merujuk kepada sebuah buku bertajuk Guru Sebagai Penyelidik hasil nurkilan Abdul Rahman Abdul Majid Khan (2007), kajian tindakan adalah merujuk kepada kajian yang dijalankan oleh guru-guru di sekolah hasil daripada aktiviti-aktiviti penambah baik pengajaran. Dalam erti kata lain, kajian tindakan dilakukan adalah berdasarkan kepada sesuatu situasi yang memerlukan guru mendapatkan penyelesaian kepada sesuatu masalah yang timbul bagi situasi tersebut. Kajian jenis ini biasanya bersifat kolaboratif namun boleh juga dijalankan secara individu. Walau bagaimanapun, keberkesanannya adalah kurang berbanding kajian tindakan yang dijalankan secara kolaboratif.

Ciri-ciri Kajian Tindakan:

Abdul Rahman Abdul Majid Khan (2007) juga menyenaraikan tiga ciri khusus kajian tindakan antaranya adalah seperti berikut:

  1. Intervensi - kajian tindakan melibatkan sesuatu tindakan kepada proses pengajaran dengan hasrat untuk mengubah proses itu menjadi lebih baik.
  2. Penglibatan - pengkaji -pengkaji turut terlibat dalam intervensi secara langsung.
  3. Penambah baikan - Intervensi yang dilakukan berhasrat untuk mengubah sesuatu amalan menjadi lebih baik.