Saturday, November 7, 2009

TUGASAN 3: RINGKASAN KOLOKIUM

Pada 26 dan 27 Oktober 2009, semua pelajar-pelajar DPLI JULAI 2009/2010 telah menghadiri satu kolokium yang dianjurkan oleh senior kami (DPLI ambilan JANUARI) di Palm Garden Hotel, Putrajaya. Melalui kolokium ini, pelbagai informasi dan perkara baru yang saya perolehi. Berikut merupakan ulasan daripada dua buah kumpulan yang sangat memberi kesan kepada saya.

Pembentangan 1

Tarikh: 27.10.2009
Masa: 11.00 – 12.00 tengah hari
Tempat: Bilik Perdana A
Tajuk: The Effectiveness of Student teams Achievement Divisions (STAD) in teaching Form 2 Science in Victoria Institution
Pembentang: Chiong Ai Hua dan Saw Ying Yu
Penyelia: Prof. Dr. Lilia Halim


OBJEKTIF KAJIAN:
a) melihat sama ada kaedah STAD mampu memperbaiki hasil pembelajaran (Improve learning outcome)
b) melihat sama ada kaedah STAD mampu meningkatkan motivasi pelajar (Improve students’ motivation)
c) melihat sama ada kaedah STAD mampu meningkatkan penyertaan pelajar (Improve students’ participation.


METODOLOGI:

a) kajian ini merupakan kajian tindakan secara kolaboratif yang melibatkan dua orang guru.

b) kajian ini dijalankan kepada 30 orang pelajar dari Tingkatan 2 (sebuah kelas)

c) Model yang digunakan untuk kajian ini adalah Kemmis model yang melibatkan empat peringkat seperti pra-pemerhatian. perancangan, perlaksanaan, pemerhatian dan tindakan.

CARA-CARA PENGUMPULAN DAN PENGANALISAAN DATA:

a) Dimulakan dengan perbentangan oleh guru sama ada menggunakan power point atau dengan menggunakan kaedah tradisional (papan hitam dan kapur). Namun, menurut pembentang, mereka banyak menggunakan power point berbanding kaedah tradisional.

b) Membahagikan pelajar kepada kumpulan-kumpulan kecil untuk perbincangan kumpulan. Menurut pembentang, mereka biasanya memberi masa 20 minit untuk perbincangan di dalam kumpulan berkaitan dengan konsep-konsep sains.

c) Kuiz ini dijalankan selepas perbentangan kumpulan selesai. Kuiz dilakukan secara individu untuk melihat kefahaman pelajar hasil daripada aktiviti perbincangan yang dilakukan dalam kumpulan tadi.

d) Untuk merekod dan menilai pencapaian pelajar tersebut, pengkaji menyediakan sebuah borang yang dikenali sebagai borang pengskoran individu (Individual Improvement Scores). Borang ini diisi berdasarkan kepada markah yang diperolehi oleh pelajar semasa menjawab kuiz individu tadi.

e) Selain skor individu, skor kumpulan juga diberikan dengan berdasarkan kepada aktiviti yang dijalankan secara berkumpulan. Aktiviti berkumpulan ini biasanya pembentangan yang dilakukan.

KEPUTUSAN:

Keputusan untuk kajian tindakan akan menjawab objektif di awal kajian tadi.

a)melihat sama ada kaedah STAD mampu memperbaiki hasil pembelajaran (Improve learning outcome)

Pusingan 1 : Tiada kesan signifikan. Pelajar-pelajar tidak dapat menerima kaedah STAD yang digunakan memandangkan kaedah ini merupakan kaedah baru bagi mereka. Pada pusingan ini juga, mereka gagal untuk menerima aplikasi-aplikasi di dalam aktiviti yang dijalankan ini serta tiada kerjasama yang diberikan di antara ahli kumpulan semasa sesi berkumpulan.

Pusingan2: Kesan signifikan yang positif. Kaedah STAD mula boleh diterima oleh pelajar-pelajar. Banyak pelajar-pelajar mula memberi kerjasama anatara satu sama lain semasa aktiviti berkumpulan dijalankan. Walau bagaimanapun, menurut pembentang, semasa aktiviti menyediakan peta minda untuk perbentangan kumpulan tentang beberapa konsep sains, terdapat beberapa kesalahan yang telah dilakukan oleh pelajar.

Pusingan 3: Kesan signifikan yang positif. Pelajar-pelajar mula selesa dengan penggunaan kaedah STAD semasa aktiviti pembelajarn. Penyertaan pelajar dalam kumpulan juga mula menunjukkan peningkatan yang sangat baik di mana mereka bukan sahaja melakukan tugasan yang diberi dengan betul malah menjadikannya sesuatu yang kreatif dan tidak bergantung kepada kertas mahjung dan mereka sahaja.

Bukti yang menunjukkan bahawa objektif ini telah tercapai adalah melalui markah kuiz yang diperolehi oleh pelajar. Pada pusingan pertama, markah tertinggi yang diperolehi oleh pelajar adalah 70%. Pada pusingan kedua, terdapat sedikit peningkatan di mana terdapat seorang pelajar memperolehi markah 100%. Untuk pusingan ketiga, pemahaman pelajar tentang konsep sains semakin meningkat di mana seramai 4 orang pelajar memperolehi markah penuh iaitu 100% berbanding hanya seorang pada pusingan kedua.

b) melihat sama ada kaedah STAD mampu meningkatkan motivasi pelajar (Improve students’ motivation)
Pusingan 1: Pelajar-pelajar didapati tidak bermotivasi untuk masuk ke dalam kelas sains. menurut pembentang, ini dapat dilihat apabila palajar-pelajar cenderung untuk masuk lewat ke dalam makmal dan ponteng kelas.

Pusingan 2 dan 3: Motivasi pelajar untuk belajar sains dengan menggunakan kaedah STAD meningkat bila mana mereka mula cenderung untuk masuk ke makmal seperti mana masa yang ditetapkan.

c) melihat sama ada kaedah STAD mampu meningkatkan penyertaan pelajar (Improve students’ participation)

Pusingan 1: Pelajar-pelajar didapati tidak berminat dengan aktiviti kumpulan yang dijalankan dan masing-masing bersikap individualistik. Selain itu, tidak ramai yang berminat untuk membentangkan hasil dapatan mereka.

Pusingan 2 dan 3: Penyertaan pelajar di dalam kelas semasa aktiviti pembentangan dan aktiviti berkumpulan meningkat melalui hasil pembentangan yang kreatif dan menarik.

PENGAJARAN:

a) Kaedah pembelajaran kolaboratif luas. Oleh yang demikian, kita tidak seharusnya tertumpu kepada kaedah JIGSAW sahaja apabila menyebut tentang kaedah pembelajaran kolaboratif. Daripada kajian tindakan yang dilakukan ini, terbukti bahawa kaedah STAD juga mampu memberi impak yang besar untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah.
b) Mengaplikasikan teori-teori yang dipelajari semasa di dalam kelas/kuliah semasa mengajar kelak.
KOMEN:
1. Tajuk salah kerana mengandungi perkataan effectiveness. Kajian tindakan mengkaji cara untuk menyelesaikan masalah. yang terbaik.

0 comments: