Monday, October 26, 2009

TUGASAN KELAS: SEBAB MENGAPA GURU PERLU MELAKUKAN KAJIAN

Berikut merupakan 10 sebab mengapa guru perlu melakukan kajian tindakan:


  • Dapat membantu guru mengembangkan kemampuan yang ada pada dirinya sebagai peneroka pengetahuan yang profesional (Abdul Rahman Abdul Majid Khan, 2007) - ini merujuk kepada situasi di mana guru tidak hanya bergantung kepada pengetahuan yang dikemukakan oleh orang lain sebaliknya berusaha mencari idea baru bagi menangani masalah yang dihadapai semasa proses pengajaran.

  • Supaya guru dapat mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran mengikut kesesuaian pelajar - ini kerana di dalam kelas, pelajar-pelajar terdiri daripada individu-individu yang berbeza sama ada dari segi kognitif, pengalaman dan latar belakang.

  • Membantu guru mengenal pasti masalah dan cuba mendapatkan kaedah terbaik bagi mengatasi masalah tersebut.

  • Sebagai rujukan dan panduan kepada guru-guru lain melalui perkongsian maklumat (Abdul Rahman Abdul Majid Khan, 2007) - melalui hasil dapatan yang menunjukkan kesan positif yang diperolehi dari segi kuantiti dan kualiti pembelajaran.

  • Membantu guru-guru baru memahami situasi sebenar bilik darjah (Richard Watson Todd, n.d)

  • Bagi melahirkan guru-guru yang membudayakan penyelidikan dalam pengajaran selaras dengan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

  • Mengeratkan silaturrahim antara guru-guru melalui kajian tindakan kolaboratif yang dilakukan (Sumber: www.cgmulia.com/upload/kuliah4) - pendedahan kepada kerja secara berpasukan sepertimana yang diperlukan dalam bidang perguruan.

  • Melahirkan guru-guru yang lebih peka, versatile dan kreatif terhadap kehendak pendidikan dan pelajar - tidak terkongkong dengan kaedah pengajaran tradisional.

  • Meningkatkan keyakinan guru untuk menjadi perintis kepada sesuatu penemuan - keyakinan boleh menjadi pendorong kepada kepuasan dalam melakukan sesuatu tugas atau kerja.

RUJUKAN:

Abdul Rahman Abdul Majid Khan (2007), Guru Sebagai Penyelidik.

FALSAFAH, KONSEP DAN KEPENTINGAN KAJIAN TINDAKAN, reatrived at:www.cgmulia.com/upload/kuliah4.ppt

Richard Watson Todd (n.d), WHY DO ACTION RESEARCH?,King Mongkut's University of Technology Thonburi , reatrived at: www.philseflsupport.com/why_ar.htm

0 comments: