Monday, October 26, 2009

PENGENALAN KEPADA KAJIAN TINDAKAN

Definisi Kajian Tindakan

Merujuk kepada sebuah buku bertajuk Guru Sebagai Penyelidik hasil nurkilan Abdul Rahman Abdul Majid Khan (2007), kajian tindakan adalah merujuk kepada kajian yang dijalankan oleh guru-guru di sekolah hasil daripada aktiviti-aktiviti penambah baik pengajaran. Dalam erti kata lain, kajian tindakan dilakukan adalah berdasarkan kepada sesuatu situasi yang memerlukan guru mendapatkan penyelesaian kepada sesuatu masalah yang timbul bagi situasi tersebut. Kajian jenis ini biasanya bersifat kolaboratif namun boleh juga dijalankan secara individu. Walau bagaimanapun, keberkesanannya adalah kurang berbanding kajian tindakan yang dijalankan secara kolaboratif.

Ciri-ciri Kajian Tindakan:

Abdul Rahman Abdul Majid Khan (2007) juga menyenaraikan tiga ciri khusus kajian tindakan antaranya adalah seperti berikut:

  1. Intervensi - kajian tindakan melibatkan sesuatu tindakan kepada proses pengajaran dengan hasrat untuk mengubah proses itu menjadi lebih baik.
  2. Penglibatan - pengkaji -pengkaji turut terlibat dalam intervensi secara langsung.
  3. Penambah baikan - Intervensi yang dilakukan berhasrat untuk mengubah sesuatu amalan menjadi lebih baik.

0 comments: