Friday, December 4, 2009

TUGASAN 1: ULASAN BUKU

TAJUK BUKU: CLASSROOM RESEARCH: IMPLEMENTING THE SCHOLARSHIP OF TEACHING
PENULIS: K. PATRICIA CROSS & MIMI HARRIS STEADMAN

1. Maksud kajian bilik darjah (classroom research)
Kajian bilik darjah adalah merujuk kepada pemerhatian yang dilakukan semasa aktiviti pembelajaran, refleksi dan perbincangan, melalui data daripada penyelidikan kawan-kawan yang lepas dan literature review. Kajian ini membantu guru menjadi guru yang efektif dan pelajar akan belajar bagaiman untuk menjadi pelajar yang efektif. Kajian bilik darjah adalah berbeza daripada penilaian bilik darjah (classroom assessment -lebih kepada what) sebaliknya classroom assessment merupakan sub kecil dalam kajian bilik darjah (why).

2. Mengapa guru perlu melakukan kajian bilik darjah

a. mengeratkan hubungan di antara pelajar dan guru :- hubungan di antara guru dan pelajar akan bertambah erat bila mana kajian bilik darjah dilakukan kerana guru akan lebih memahami pelajar-pelajar mereka. Hubungan baik di antara guru dan pelajar akan membantu guru mengawal perkembangan pelajaran pelajar-pelajar dalam usaha menjadi seorang guru yang mampu mengajar secara efektif semasa di dalam bilik darjah.

b. menggalakkan kerjasama sesama pelajar dan guru dengan rakan sekerja :- apabila kajian bilik darjah dilakukan, ia akan membentuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang berorientasikan pelajar. Oleh yang demikian, pelajar sesama pelajar akan dapat bersosial dan bekerjasama di antara satu sama lain. Selain itu, kerjasama guru dengan rakan sekerja (guru lain) juga akan dapat ditingkatkan kerana kajian bilik darjah tidak boleh berdiri sendiri tanpa penyertaan komuniti atau guru-guru lain untuk berkongsi pendapat tenatang kajian yang dilakukan.

c.Menggalakkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang lebih aktif :- kajian bilik darjah memerlukan guru terlibat secara aktif dalam melihat aktiviti pengajaran. Guru tidak hanya perlu bertanya soalan tentang apa yang diajar malah perlu menerangkan cara bagaimana untuk menyiasat bagaimana cara terbaik untuk menjawab soalan berkenaan.

3. Prosuder kajian bilik darjah

a. Mengenal pasti masalah -masalah yang dihadapai oleh setiap pelajar atau guru dikenal pasti melalui pencapaian pelajar atau penyertaan pelajar di dalam bilik darjah.

b. Mereka bentuk kajian yang akan menerangkan bagaimana kajian ini akan dijalankan.

c. penilaian terhadap hipotesis yang dibentuk bagi mengenal pasti sama ada situasi sebenar di dalam bilik darjah adalah sama atau tidak dengan hipotesis yang dibentuk tadi. Antara kaedah yang digunakan adalah dengan mengandaikan bahawa pelajar-pelajar lain juga menghadapi masalah seperti mana pelajar yang dinyatakan dalam kes ini.

d. Menyelesaikan masalah / bertindak dengan memberi nasihat kepada pelajar atau guru yang bermaslah agar mereka dapat menyelesaikan masalah yang mereka hadapi.

4. Sample
Memandangkan buku ini melibatkan kajian kes, keempat-empat kes yang dipaparkan dalam buku ini melibatkan pelajar-pelajar dan guru-guru.

a. Kes pertama (" The Leslies") :- kes ini melibatkan seorang pelajar bernama Leslie yang menghadapai masalah di mana dia memperolehi gred D bagi ujian pertengahan semester untuk subjek ekonomi walaupun dia telah berusaha keras belajar.

b. Kes kedua (" The Captive Audience") :- kes ini pula melibatkan kajian seorang guru bernama Jean Hastings yang menghadapi masalah dengan murid-muridnya yang tidak berminat untuk masuk ke dalam makmal Fizik semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

c. Kes ketiga ("But is it Working") :- kes ini juga melibatkan dua orang guru, Sam Marston dan Susan Green yang ingin mengubah cara pembelajaran sejarah di dalam bilik darjah bagi mengubah perspektif pelajar-pelajar untuk belajar subjek ini.
d. Kes keempat (" The challenge") :- Kes ini menceritakan cabaran-cabaran yang bakal ditempuh oleh guru dan pelajar-pelajar semasa di dalam bilik darjah dan boleh dijadikan satu persoalan dan seterusnya membentuk masalah untuk dijadikan kajian bilik darjah.

Pengumpulan dan Penganalisaan Data

Teknik pengumpulan data yang digunakan oleh buku ini adalah menggunakan kaedah Classroom Assessment Technique (CAT). CAT bukan sahaja mampu memberikan maklumat yang berguna malah mempunyai potensi untuk menarik minat pelajar untuk mereflek kepada strategi pembelajaran yang efektif. Antara contoh-contoh CAT adalah seperti berikut:

a. Selang selikan pengajaran (punctuated lecture) :- kaedah ini merupakan cara untuk membaiki pemerhatian yang dilakukan di dalam bilik darjah untuk mengumpul data tentang pembelajaran pelajar dan perhatian yang diberikan semasa kelas. Di sini guru dan pelajar akan terlibat dengan 5 langkah iaitu, mendengar, berhenti, refleksi, menulis dan memberi maklum balas.
b. Buku log pembelajaran :- buku log pembelajaran ini akan digunakan oleh pelajar-pelajar untuk merekodkan respon mereka terhadap aktiviti P & P pada hari tersebut. Respon tersebut boleh dibahagikan kepada dua, satu bahagianakan digunakan oleh pelajar-pelajar untuk menulis senarai-senarai apa yang mereka fahami daripada pembelajaran pada hari tersebut. Kedua adalah senarai-senarai points yang dirasakan tidak jelas oleh pelajar-pelajar. Buku log ini akan memberi maklumat kepada guru mahupun pelajar itu sendiri tentang kekuatan dan kelemahan yang ada pada mereka.
c. Tinjauan :- Tinjauan terhadap keyakinan diri pelajar terhadap kursus yang diambil juga boleh dijalankan dalam usaha mengumpul data. Tinjauan ini dilakukan untuk melihat keyakinan diri pelajar terhadap sesuatu topik di dalam kursus tersebut. Tinjauan ini akan menyenaraikan tahap keyakinan pelajar sama ada rendah, sederhana dan tinggi.
Guru boleh menganalisis data yang diperolehi atau yang telah dikumpulkan dengan:
a. menggunakan borang yang akan disimpan oleh guru dan pelajar semasa membuat refleksi. Pelajar-pelajar akan menggunakan borang tersebut sebagai penilaian prestasi mereka sepanjang semester tersebut sebagai cabaran untuk penambah baikan.
b. Data yang diperolehi boleh dianalisis dengan menggunakan kaedah jadual (tabulation). Kaedah jadual yang digunakan memudahkan lagi proses penganalisaan dilakukan kerana ianya lebih mudah untuk dilihat dan dinilai. Oleh itu, guru mampu bertindak dengan lebih pantas untuk memperbaiki kelemahan yang telah dikenal pasti dan telah dijadualkan.
c. Skala. Penggunaan skala juga mampu membantu guru untuk menganalisis data yang diperolehi. Kaedah laporan kendiri yang mempunyai 10 skala seperti perasaan gelisah, pengurusan masa, motivasi, pengurusan maklumat, memilih idea utama, sikap, perhatian, strategi menjawab ujian, alat bantu belajar dan ujian kendiri. Selain itu, kaedah skala Likert juga digunakan sama ada 5 atau 7 di mana skala tertinggi menunjukkan sesuatu yang lebih tinggi berbanding angaka yang rendah seperti 1.
d. Maklumat yang diperolehi melalui tinjauan dapat dianalisis dengan lebih mudah dengan menggunakan graf selain dapat melihat perhubungannya dengan pemboleh ubah-pemboleh ubah yang lain.

0 comments: