REFLEKSI
Sepanjang 10 bulan saya mengikuti DPLI banyak perkara yang saya telah pelajari sebagai pendidik di sini. Bukan mudah menjadi pendidik sebenarnya seperti mana yang dikatakan oleh sesetengah golongan masyarakat. Menjadi pendidik besar tanggungjawabnya. Setiap ilmu yang dititiskan kepada pelajar-pelajar merupakan sesuatu yang sangat bermakna kerana ia akan menjadi darah daging kita nanti. refleksi ini akan meliputi bidang kokurikulum dan kurikulum.Dalam pendidikan kedua-dua bidang ini sangat sinonim di kalangan ahli-ahlinya sama ada guru-guru mahupun pelajar-pelajar.
KURIKULUM
Seperti mana universiti-universiti lain, yang menawarkan program DPLI, UKM memberi ilmu-ilmu teori kepada kami guru-guru pelatih bagi menceburi bidang ini. Namun, UKM ada indahnya. Ilmu yang disampaikan memerlukan kami sebagai pelajar berfikir secara kreatif dan kritis kerana sesuatu yang sukar dimiliki akan lebih diingati. Semua ilmu yang disampaikan adalah sangat berguna untuk guru-guru pelatih seperti saya.Namun, yang mencabarnya bagaimanakah ilmu yang dipelajari secara teori ini dapat diaplikasikan dalam kehidupan sebenar semasa di sekolah? Praktikal selama 3 bulan di SMK Desa Cempaka telah membantu saya mengaplikasikan teori-teori ini ke dalam dunia sebenar.Sebagai contoh,dalam psikologi pendidikan dan kaedah mengajar,pensyarah-pensyarah telah mengajar tentang hukum dendaan dan ganjaran dalam menarik minat pelajar untuk belajar. Di sekolah, saya mengaplikasikan kaedah ini dan mendapatinya ianya berjaya. Selain itu, pengintegrasian ilmu juga dapat dilihat bila mana pentaksiran pembelajaran dihubungkaitkan dengan hukum ganjaran ini. Contohnya, saya diminta membuat soalan untuk ujian bulanan. Dalam soalan ini, 6 peringkat dalam Taksonomi Bloom dimasukkan dalam nisbah tertentu. Pelajar-pelajar yang menjawab soalan pada aras tertinggi dengan betul diberikan ganjaran oleh guru. Selain itu, melalui penelitian yang dilakukan semasa saya menjalankan kajian tindakan, saya mendapati bahawa keseluruhan ilmu yang dipelajari secara terpisah-pisah seperti falsafah pendidikan, psikologi pendidikan, pentaksiran pembelajaran,sekolah dan masyarakat,ICT dalam pendidikan merupakan sesuatu yang dapat diimtegrasikan menjagi kajian tindakan. Hal ini kerana,ia saling berkait antara satu sama lain dan pembelajaran adalah sepanjang hayat. Walau berapa pun usia kita, ilmu sentiasa berubah.Kita perlu mengejarnya supaya pelajar-pelajar sentiasa terdedah dengan maklumat dan informasi terkini.
KOKURIKULUM
Bagi sesetengah pelajar, kokurikulum tidak penting. Dulu semasa belajar,saya juga berpandangan begitu. Tapi selama 10 bulan di UKM, saya mendapati pentingnya kurikulum, begitu juga kokurikulum. Kepentingannya tidak akan dirasa secara terus seperti mana kurikulum tetapi pada satu jangka masa yang agak lama. Sepanjang di UKM saya bukan sahaja diberi pendedahan tentang kurikulum malah kokurikulum. Aktiviti kokurikulum banyak membantu saya mengenal pelajar-pelajar DPLI yang lain. Itulah yang dikatakan kenapa kami semua kelihatan umpama adik beradik. Pelbagai jawatan yang dipegang semasa di sini . Walaupun jawatan kecil, impaknya besar kepada saya dalam mempelajari ilmu-ilmu pengurusan yang baru. Jika dibilang dengan jari, saya sendiri tidak pasti berapa kali kumpulan dibentuk selama saya di sini. Mungkin ada yang berpendapat leceh atau menyukarkan... Tetapi kesannya sangat besar. Saya mampu mengenal kekuatan hampir setiap kawan-kawan lain yang ada di sini. Walaupun tidak sebilik, saya mampu mengenal meraka dengan baik hanya melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan ini. Minggu sukan selama seminggu banyak membantu saya meningkatkan kecerdasan fizikal. Ini dapat dilihat semasa saya mewakili rumah sukan semasa praktikal. Saya dipilih sebagai wakil guru dan mampu memperoleh nombor 2 dalam acara larian tersebut. Selain itu, saya banyak belajar peraturan-peraturan dalam permainan atau acara olahraga yang dapat dimanfaatkan semasa hari sukan. Acara futsal yang dijalankan juga membantu saya mengenal siapa saya sebenarnya. Sebelum ini, saya tidak tahu bahawa saya mampu bermain futsal dengan baik.DPLI UKM membantu saya mencari diri saya yang sebenarnya. BIP di Pangkor banyak memberi impak kepada saya. Saya mengenal erti kesusahan dan kepayahan untuk menjadi seorang ketua terbaik untuk semua anak buah kita. Ini diumpamakan bagaimana kita menjadi nahkota bagi kelas yang akan kita ajar kelak. Mengawal pelajar-pelajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran merupakan sesuatu yang sangat mencabar dan memerlukan kesabaran yang tinggi. Aktiviti semasa BIP iaitu eksplorasi pulau memberi pendedahan kepada kita untuk berkomunikasi dengan segenap lapisan masyarakat. Sebagai guru, kita bukan sahaja perlu berkomunikasin dengan pelajar, malahan dengan anggota masyarakat yang lain seperti ibu bapa, pentadbiran dan komuniti masyarakat.
Pensyarah2...Terima kasih untuk segalanya... DPLI UKM sentiasa di ingatan.
Thursday, May 20, 2010
RECOVERY: REFLEKSI
Posted by Sumaiyah Binti Mamat Zambi at 3:21 AM 0 comments
Friday, December 11, 2009
AKTIVITI 13: MINI KAJIAN TINDAKAN
Selepas mengenal pasti masalah kajian, didapati terdapat dua teori dan kaedah yang boleh dijadikan panduan di sini bagi menyelesaikan pernyataan masalah:
2. Teori Motivasi
a. menentukan butir-butir pengetahuan sedia ada yang digunakan sebagai motivasi pelajar.
b. bahan-bahan pembelajaran harus distrukturkan secara sistematik supaya mudah dipelajari.
c. menentukan cara yang paling berkesan untuk mengorganisikan bahan-bahan pengajaran supaya mudah dipersembahkan dan mudah dipelajari.
d. menentukan ganjaran dan denda selepas penilaian aktiviti pembelajaran supaya pelajar mendapat kepuasan dalam pelajarannya.
a. berpusatkan pelajar : menggalakkan tanggungjawab dan penglibatan murid dalam P & P.
b. konsep kemahiran berfikir
Posted by Sumaiyah Binti Mamat Zambi at 3:22 AM 0 comments
Sunday, December 6, 2009
AKTIVITI 12 : PEMURNIAN
Matlamat pengajaran subjek perdagangan adalah untuk membentuk pelajar mengetahui, memahami, dan dapat menggunakan prinsip-prinsip dan amalan-amalan positif dalam bidang perniagaan dan perkhidmatan berkaitan. Matapelajaran KH pula adalah bersifat amali dan berunsurkan teknologi yang dirancang untuk mempertingkatkan produktiviti Negara melalui penglibatan masyarakat secara kreatif, inovatif dan produktif.
Melalui analisis SWOT yang dilakukan, pengkaji mendapati sebahagian pelajar kurang melibatkan diri dalam matapelajaran pendidikan perdagangan dan KH kerana pelajar cepat merasa jemu dan bosan. Perkara ini berlaku apabila guru hanya menggunakan teknik kuliah dan syarahan semata-mata bagi matapelajaran perdagangan. Bagi matapelajaran KH pula, pelajar kurang kreatif kerana kekurangan idea dalam menghasilkan sesuatu projek. Di samping itu, kekurangan kemahiran dalam sub topik tertentu mendorong pelajar merasa kurang penglibatan dalam aktiviti-aktiviti tertentu.
Justeru pengkaji berpendapat penggunaan sedutan iklan dalam pengajaran dan pembelajaran dapat digunakan sebagai alternatif baru yang mampu menarik minat pelajar dalam menumpukan perhatian dan melibatkan diri ketika sesi pengajaran dan pebelajaran yang sedang berlangsung. Walaubagaimanapun, teknik kuliah dan syarahan tetap digunakan dalam P&P dan dipelbagaikan dengan menggunakna teknik sedutan iklan.
TUJUAN KAJIAN
OBJEKTIF KAJIAN
1. Meningkatkan penglibatan pelajar secara aktif dalam proses pembelajaran dengan menggunakan kaedah sedutan iklan.
Posted by Sumaiyah Binti Mamat Zambi at 8:46 AM 0 comments
AKTIVITI 11: ULASAN JURNAL
Jurnal 1: Collaborative action research and project work: Promising practices for developing collaborative inquiry among early childhood preservice teacher
Jurnal ini menerangkan pernyataan masalah dengan melakukan pemerhatian di mana pengkaji mendapati bahawa kebanyakkan guru-guru di sekolah terlalu bergantung kepada kaedah pengajaran tradisional dan kurang menarik minat pelajar-pelajar. Guru-guru juga didapati tidak berminat untuk menjalankan projek atau aktiviti secara kolaboratif yang boleh diguna dan dikongsikan bersama-sama untuk tujuan membantu meningkatkan tahap pengajaran mereka. Selain itu, pengkaji juga menyokong permasalahan kajian ini dengan berpandukan kepada jurnal-jurnal atau kajian-kajian lepas.
Jurnal 2: The contribution of action research ti training teachers in intercultural education: A research in the field of Greek minority education
Pernyataan masalah bagi jurnal ini dinyatakan dengan berdasarkan kepada jurnal-jurnal lepas atau pernyataan masalah yang dinyatakan oleh pengkaji-pengkaji lepas tentang hasil kajian mereka. Yang membezakan kajian ini adalah ianya akan dikaji dengan menggunakan model kajian tindakan. berdasarkan kepada jurnal yang dibaca, didapati pernyataan masalah yang dikenal pasti adalah masalah di antara guru-guru kumpulan majoriti dengan pelajar-pelajar minoriti di sini. Guru-guru ini mempunyai pandangan negatif atau streotype terhadap pelajar-pelajar minoriti sehingga memberi kesan kepada tahap penglibatan dan motivasi pelajar-pelajar ini.
Jurnal 3 : Minute Math: An Action Research Study of Student Self-Assessment
Seperti mana jurna 2, jurnal ini juga menerangkan pernyataan masalah dengan berpandukan kepada jurnal yang dikeluarkan oleh penulis-penulis lain. Selain itu, ianya turut disokong melalui pemerhatian yang dilakukan oleh penulis yang mendapati kebanyakkan pelajar cenderung untuk menghafal konsep-konsep matematik berbanding memhaminya atau membuat penilaian kendiri.
Posted by Sumaiyah Binti Mamat Zambi at 8:46 AM 0 comments
AKTIVITI 10: ULASAN BUKU
Pernyataan masalah yang dinyatakan di dalam kelas ini dinyatakan apabila pengkaji membuat pemerhatian dan mendapati terdapat beberapa masalah di dalam bilik darjah yang telah dikenal pasti:
Kes pertama (" The Leslies") :- kes ini melibatkan seorang pelajar bernama Leslie yang menghadapai masalah di mana dia memperolehi gred D bagi ujian pertengahan semester untuk subjek ekonomi walaupun dia telah berusaha keras belajar. Ini menyebabkan Leslie menjadi kurang motivasi untuk terlibat di dalam bilik darjah semasa proses P & P.
b. Kes kedua (" The Captive Audience") :- kes ini pula melibatkan kajian seorang guru bernama Jean Hastings yang menghadapi masalah dengan murid-muridnya yang tidak berminat untuk masuk ke dalam makmal Fizik semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
c. Kes ketiga ( "But is it Working") :- kes ini juga melibatkan dua orang guru, Sam Marston dan Susan Green yang ingin mengubah cara pembelajaran sejarah di dalam bilik darjah bagi mengubah perspektif pelajar-pelajar untuk belajar subjek ini.
d. Kes keempat ( " The challenge") :- Kes ini menceritakan cabaran-cabaran yang bakal ditempuh oleh guru dan pelajar-pelajar semasa di dalam bilik darjah dan boleh dijadikan satu persoalan dan seterusnya membentuk masalah untuk dijadikan kajian bilik darjah.
Posted by Sumaiyah Binti Mamat Zambi at 8:20 AM 0 comments
Friday, December 4, 2009
TUGASAN 2 : ULASAN JURNAL
Posted by Sumaiyah Binti Mamat Zambi at 11:07 AM 0 comments
TUGASAN 1: ULASAN BUKU
1. Maksud kajian bilik darjah (classroom research)
2. Mengapa guru perlu melakukan kajian bilik darjah
a. mengeratkan hubungan di antara pelajar dan guru :- hubungan di antara guru dan pelajar akan bertambah erat bila mana kajian bilik darjah dilakukan kerana guru akan lebih memahami pelajar-pelajar mereka. Hubungan baik di antara guru dan pelajar akan membantu guru mengawal perkembangan pelajaran pelajar-pelajar dalam usaha menjadi seorang guru yang mampu mengajar secara efektif semasa di dalam bilik darjah.
b. menggalakkan kerjasama sesama pelajar dan guru dengan rakan sekerja :- apabila kajian bilik darjah dilakukan, ia akan membentuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang berorientasikan pelajar. Oleh yang demikian, pelajar sesama pelajar akan dapat bersosial dan bekerjasama di antara satu sama lain. Selain itu, kerjasama guru dengan rakan sekerja (guru lain) juga akan dapat ditingkatkan kerana kajian bilik darjah tidak boleh berdiri sendiri tanpa penyertaan komuniti atau guru-guru lain untuk berkongsi pendapat tenatang kajian yang dilakukan.
c.Menggalakkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang lebih aktif :- kajian bilik darjah memerlukan guru terlibat secara aktif dalam melihat aktiviti pengajaran. Guru tidak hanya perlu bertanya soalan tentang apa yang diajar malah perlu menerangkan cara bagaimana untuk menyiasat bagaimana cara terbaik untuk menjawab soalan berkenaan.
3. Prosuder kajian bilik darjah
a. Mengenal pasti masalah -masalah yang dihadapai oleh setiap pelajar atau guru dikenal pasti melalui pencapaian pelajar atau penyertaan pelajar di dalam bilik darjah.
b. Mereka bentuk kajian yang akan menerangkan bagaimana kajian ini akan dijalankan.
c. penilaian terhadap hipotesis yang dibentuk bagi mengenal pasti sama ada situasi sebenar di dalam bilik darjah adalah sama atau tidak dengan hipotesis yang dibentuk tadi. Antara kaedah yang digunakan adalah dengan mengandaikan bahawa pelajar-pelajar lain juga menghadapi masalah seperti mana pelajar yang dinyatakan dalam kes ini.
d. Menyelesaikan masalah / bertindak dengan memberi nasihat kepada pelajar atau guru yang bermaslah agar mereka dapat menyelesaikan masalah yang mereka hadapi.
4. Sample
a. Kes pertama (" The Leslies") :- kes ini melibatkan seorang pelajar bernama Leslie yang menghadapai masalah di mana dia memperolehi gred D bagi ujian pertengahan semester untuk subjek ekonomi walaupun dia telah berusaha keras belajar.
b. Kes kedua (" The Captive Audience") :- kes ini pula melibatkan kajian seorang guru bernama Jean Hastings yang menghadapi masalah dengan murid-muridnya yang tidak berminat untuk masuk ke dalam makmal Fizik semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
c. Kes ketiga ("But is it Working") :- kes ini juga melibatkan dua orang guru, Sam Marston dan Susan Green yang ingin mengubah cara pembelajaran sejarah di dalam bilik darjah bagi mengubah perspektif pelajar-pelajar untuk belajar subjek ini.
Pengumpulan dan Penganalisaan Data
Teknik pengumpulan data yang digunakan oleh buku ini adalah menggunakan kaedah Classroom Assessment Technique (CAT). CAT bukan sahaja mampu memberikan maklumat yang berguna malah mempunyai potensi untuk menarik minat pelajar untuk mereflek kepada strategi pembelajaran yang efektif. Antara contoh-contoh CAT adalah seperti berikut:
a. Selang selikan pengajaran (punctuated lecture) :- kaedah ini merupakan cara untuk membaiki pemerhatian yang dilakukan di dalam bilik darjah untuk mengumpul data tentang pembelajaran pelajar dan perhatian yang diberikan semasa kelas. Di sini guru dan pelajar akan terlibat dengan 5 langkah iaitu, mendengar, berhenti, refleksi, menulis dan memberi maklum balas.
Posted by Sumaiyah Binti Mamat Zambi at 9:33 AM 0 comments